June 23, 2009

Ramai ingin tahu siapa di sebalik Pro Kebajikan

Tanjong Malim, 23 Jun – Kelantangan Pro Kebajikan menyuarakan pendapat dan saranan dalam beberapa isu sebelum ini menimbulkan tanda tanya di kalangan mahasiswa di sini siapa di sebalik nama Pro Kebajikan itu.

Dalam satu tinjauan rambang yang turut melibatkan mahasiswa IPTA lain selain UPSI, ramai di kalangan mereka tertanya-tanya siapa yang berperanan menggerakkan kumpulan ini.

Upsikini yang mendapatkan penjelasan daripada beberapa pihak mendapati ramai yang mengenali Pro Kebajikan semasa Pilihan Raya Kampus (PRK) yang lalu apabila 8 wakilnya menang beberapa kerusi termasuk kerusi Umum.

Namun sejak kemenangan tersebut, Pro Kebajikan dikatakan bergerak seperti satu kumpulan yang begitu efektif dalam menyampaikan pandangan dan kritikan terutamanya berkaitan kepimpinan mahasiswa.

Seorang mahasiswa, Hamid, 21 tahun, turut melahirkan rasa ingin tahu siapa di sebalik wajah Pro Kebajikan meskipun mengetahui wakil-wakil yang berada di barisan MPP sekarang.

“Saya juga mengikuti perkembangan Pro Kebajikan melalui blog-blog dan khabar di kalangan rakan lain tetapi masih merasakan seperti ada individu yang berperanan di sebalik nama Pro Kebajikan itu”katanya.

Beberapa persoalan juga ditimbulkan di kalangan mahasiswa IPTA lain yang menyampaikan rasa ingin tahu mereka melalui e-mel yang diterima Upsikini.

Nama Pro Kebajikan mula menjadi sebutan ramai apabila terdapat persamaan dalam slogan wakil-wakil yang bertanding dalam PRK lepas dengan tema “Kebajikan”.

2 comments:

Anonymous said...

saudara.. xyah la berselindung disebalik nama "kebajikan"...
wat malu jer.. semangat asabiah puak anda ni dh lama diketahui umum.. saudara senarnya yang membawa masuk agenda politik luar ke dlm kampus.. terang2 saudara guna slogan PAS, DAP, PKR iaiut 'Negara berkebajikan'.. kebajikan apa yang korg nk perjuangkan ni ha? dlm UPSI, kebajikan apa yg korg xdapat? klu setakat kurang lebih 1-2 perkara, biasa la, xde yg perfect.. bersyukur la korg berpeluang gak melanjutkan pelajaran ke UPSI, grad nnti ade kje menanti.. xbersukur lagi ke?

Sdr. Amir Derakh said...

biar ler dorg...dorg nk blaja berpolitik..sok lusa nk jadi wakil rakyat lak..
xkn nk jd yg jenis makan suap, kumpul projek je...
klo tkut, xpayah la buat pilihanraya kt upsi ni.