June 25, 2009

Pro Kebajikan tidak akan dedah struktur organisasi

Tanjong Malim, 25 Jun – Pro Kebajikan menegaskan bahawa mereka tidak akan mendedahkan identiti dan struktur organisasi Pro Kebajikan kepada umum buat masa ini. Dalam kenyataan tersebut, Pro Kebajikan mengatakan ada beberapa faktor yang mendrong kepada ketetapan itu dibuat.

Antara faktor utama yang dilihat menjadi alasan pendedahan tersebut tidak dibuat adalah faktor keselamatan. Selain itu mereka juga bimbang pendedahan tersebut akan memberi maklumat kepada pihak musuh untuk menyerang dan memberi tekanan kepada Pro Kebajikan. Pro Kebajikan juga menegaskan belum tiba masanya untuk pendedahan itu dibuat kerana rata-rata mahasiswa UPSI belum matang dalam berpolitik.

Kenyataan itu dibuat selepas mendapati ramai pihak yang ingin mengetahui individu yang bertanggungjawab menggerakkan Pro Kebajikan yang semakin mendapat perhatian mahasiswa bukan sahaja di UPSI malah di IPT lain.

Namun, Pro Kebajikan tidak menolak kemungkinan pendedahan tersebut dibuat sekiranya Majlis Tertinggi Pro Kebajikan membuat keputusan sebaliknya pada masa akan datang.

Pro Kebajikan mula disebut-sebut di kalangan mahasiswa apabila masuk bertanding dalam Pilihan Raya Kampus tahun lalu dan menang 8 kerusi termasuk 3 kerusi daripada 5 kerusi Umum.

3 comments:

Anonymous said...

xpayah dedah la,dah tau dah sape..bukannya rahsia sangat pun..

مَعهَدين الُمعلمْ said...

ye ke ko tahu??
sape??
dedahkan lah..
aku pom mhecak nok tahu nie.
hahaha...

Sdr. Amir Derakh said...

ya, aku sokong...
buat pe nak dedah2...
bukannye budak2 upsi ni amek tau pon..

majoriti student xtau politik, takut politik, n what-so-ever. yg dorg tau, hulur duit, dorg amek. bagi nasik, dorg mkn.
klo org besar ckp A, maka A lah...

papepon, teruskn perjuangan geng Pro-M!