Tanjong Malim, 29 Jun – Seorang kakak pelajar baru yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah membuat aduan bas yang disediakan oleh pihak UPSI tidak mencukupi melalui ruangan surat & emel Berita Harian hari ini.
Penulis yang menggunakan nama samaran ‘KAKAK KECEWA’mendakwa UPSI gagal memberikan perkhidmatan terbaik kerana tidak dapat menyediakan bas yang mencukupi bagi mengangkut pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak di LCCT pada Sabtu lalu.
Penulis melahirkan rasa kecewa apabila adiknya dan sebilangan pelajar dari Sabah dan Sarawak terkandas di LCCT akibat masalah tersebut.
Penulis yang menggunakan nama samaran ‘KAKAK KECEWA’mendakwa UPSI gagal memberikan perkhidmatan terbaik kerana tidak dapat menyediakan bas yang mencukupi bagi mengangkut pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak di LCCT pada Sabtu lalu.
Penulis melahirkan rasa kecewa apabila adiknya dan sebilangan pelajar dari Sabah dan Sarawak terkandas di LCCT akibat masalah tersebut.
1 comment:
Saya pun nak luahkan sedikit kekecewaan semasa proses pendaftaran kat UPSI semalam. Tapi cukuplah kat sini, tak perlu masuk paper.
Semalam saya menghantar adik saya yang mendaftar sebagai pelajar baru di UPSI. Pada surat tawaran tertera nama KHAR sebagai tempat mendaftar. Namun setelah tiba di KHAR, satu pengumuman dibuat bahawa sebelum mendaftar, pelajar baru perlu menyemak nama di satu papan tanda berkenaan pertukaran tempat pendaftaran dari KHAR ke KZ (Za'ba). Setelah menyemaknya, nama adik saya termasuk dalam senarai mereka yang bertukar kolej kediaman.
Apabila ditanya pada seorang SMS yang bertugas, katanya ada berlaku kesilapan pada sistem (walaupun sistem itu dibuat oleh manusia). Jadi beliau memohon maaf bagi pihak UPSI (Pelajar tahun 2 mewakili pihak UPSI, pegawai/staf UPSI tak nampak pun). Itu saya boleh terima lagi. Nasib baik kami tiba awal sejam sebelum bermula pandaftaran untuk sesi ke 3.
Namun apa yang dikesalkan ialah kenapa pihak UPSI tidak memaklumkan melalui telefon atau sms kepada setiap pelajar berkenaan berita tersebut. Nasib baik kami datang dengan kereta sendiri, bolehlah beredar tanpa bersusah payah (walaupun semasa nak ke KHAR terpaksa menghadapi jalan yang agak sesak). Bagaimana pula nasib mereka yang datang dengan kenderaan awam? Dengan barang2 yang banyak, sudah tentu ini menyusahkan mereka. Saya dikhabarkan ada lebih kurang 300 orang yang tersenarai dalam pertukaran ini. Agaknya kalaulah hal ini berlaku juga pada pelajar Sabah/Sarawak, mungkin ia akan lebih kecoh.
Dah lah pihak UPSI tidak menghantarkan surat tawaran rasmi secara pos (perlu diambil semasa pendafaran), borang2 pun semua kena cetak sendiri seperti borang panduan, borang pemeriksaan kesihatan dan pelbagai borang lagi. Dah berapa ribu UPSI jimat kat sini. Belanja pos dah tak perlu keluarkan, kos cetakan borang2, kertas dan sebagainya pun tak perlu dikeluarkan.... Sepatutnya kaedah penjimatan sebegini dah boleh menyiapkan 2,3 buah kampus UPSI . Tapi semasa melalui tapak UPSI di Proton City (dekat dengan KZ), sedikit kecewa apabila pagar sahaja yang cantik, bangunannya belum nampak rupa lagi...
Sepatutnya perkara begini tidak timbul selepas USM buah 'hal' tempoh hari. Nasib baik keluarga saya belum buat kenduri selepas mengetahui keputusan adik saya tersebut berjaya memasuki USM sebelum diberitakan tentang kesilapan teknikal yang berlaku. Sepatutnya UPSI belajar dari kesipalan USM tersebut.
Namun, apa2pun tahniah kepada para petugas dan semua pegawai UPSI kerana telah bertungkus lumus memastikan sesi pendaftaran ini tidak bermasalah yang boleh dianggap 'major'. Semoga masalah 'minor' ini tidak lagi berlaku pada masa hadapan.
Abang Pelajar Baru UPSI
Malaysia
Post a Comment