January 2, 2012

Wawancara bersama Yuyu Luna, mangsa tahanan polis

Pihak mediawan UPSIkini telah menghubungi seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditahan dilokap bersama-sama 16 mahasiswa berhubung demonstrasi tuntut kebebasan akademik, mansuh AUKU dan bebaskan Adam Adli semalam. Berikut wawancara mediawan UPSIkini bersama Yuyu Luna atau nama sebenar beliau Siti Nurul Piteriah, mahasiswi UPSI yang menjadi mangsa tahanan polis selama 12 jam.

UPSikini: Kami dimaklumkan saudari antara yang ditangkap dan berada di lokap. Mohon perkembangan terkini mengenai apa tindakan bakal dikenakan UPSI terhadap saudari?

Yuyu Luna: Dah di bebaskan bersama 16 mahasiswa yang lain jam 5 petang tadi, tindakan so far, di halau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan "orang atas " yang berkepentingan ataupn "membalas dendam atas kederhakaan ".

Upsikini: Apa perkembangan sisatan polis tadi? adakah akan dicas dengan apa-apa akta, atau dibebaskan dengan jaminan sahaja?

Yuyu Luna: Tadi di dibebaskan atas jaminan polis , perbicaraan pada 20 hari bulan dan masih kabur atas kesalahan apa saya d tangkap jam 3.30 pagi tadi, sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya kebalai .


UPSIkini: Penipuan dari pihak polis? Apa yang polis beritahu sewaktu ditangkap?

Yuyu Luna: Saya tidak ditangkap, tetapi di beritahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dia orang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu .

Saya anggap ini satu pencabulan yang di lakukan ke atas mahasiswa, pesan saya ini satu permulaan, revolusi pasti berlaku.

Saya memang dah awal-awal lagi di ugut oleh TNCHEPA Datuk Paduka Dr Junaidi untuk di bar dari ambil 'exam'.


5 comments:

adam adli fan said...

inilah standard pdrm. nak tangkap orang tak tau apa salah orang itu. nasib baik yuyu luna pandai berfikir. rasanya mahasiswa lain yang perasan bagus kalau ditangkap macam mana ya?

Anonymous said...

Aku tgk pelajar skrg smakin pandai itu aku puji. Tapi hal2 yg berlaku yg aku baca dalm blog ini amat mengecewakn. Ingt x sblum kamu bljar sbgai mahasiswa ttg apa yg ibubpa kamu ckp? Ada dia suh korg buat smua ini? Xda kan , mereka ckp belajar sunggh2 biar smpi hbs. Dlm dunia pekerjaan sgt2 berbza dgn alam kampus. So berjuangla seprti apa yg kamu cita2 dahulu. Bukan perkara yg tidak patut kamu perjuangkan. So harap2 apa yg aku perkatakn menjadi renungan bersama.

Anonymous said...

salam...

mediawan yang bagus, akan interview dua2 belah pihak...nak dengar gak jugak apa kata pihak satu lagi...

anda semua tentu faham apa maksud 'helah bela diri'. bakal2 cikgu katakan...

ni macam syok sendiri ja..

-cikgu SM-

Anonymous said...

blaja pon hok stakak diploma bodo2.. patut la bodo sokmo.. hahaha..

Anonymous said...

pie merusuh kol 12 pagi...sapa nk layan, NC pun tido lagi...opis HEP pun bukak 3 jan 2012wahahahahahahahahahah..