January 14, 2012

Tak ada dana punca 'posting' ditangguhkan-LMP

Tanjong Malim, 14 Jan- Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Universiti Pendidikan Sultan Idris menyifatkan bahawa punca sebenar pembekuan 'posting' graduan ISMP adalah disebabkan dana kerajaan telah pun dihabiskan untuk perkara lain.

Dalam satu kenyataan di Facebook, LMP menyatakan pada 10 Januari 2012 wakil Gabungan Graduan ISMP Malaysia telah di tipu oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dikatakan berjanji bahawa pengumuman 'posting' akan dibuat pada tarikh tersebut.

Namun, sehingga hari ini KPM masih lagi bermain wayang dengan graduan pendidikan termasuk memberi janji-janji yang menyakinkan. Sehingga kini, mereka dikatakan telah ditipu sebanyak 3 kali oleh pihak KPM.

"Graduan pendidikan 2011 mengalami kelewatan posting, kenapa telah beberapa kali senior kita tertipu dengan maklumat yang diberikan pegawai KPM ? "

Menurut seorang wakil graduan ISMP-LMP, kelewatan penempatan kami berpunca daripada persoalan utama iaitu ke mana dana yang diperuntukan dalam Belanjawan 2012 bagi membiayai gaji guru baru ?

Katanya "seorang pegawai KPM yang terlibat dalam bahagian penempatan mengatakan secara rahsia kepada saya bahawa dana tersebut digunakan untuk kempen BN pada PRU-13, buktinya habuan one-off RM 100 kepada setiap orang pelajar dalam Belanjawan 2012, pemberian RM500 kepada 5.2 juta isi rumah yang menelan belanja 2.6 billion menjadi punca pembekuan posting.

Mereka menyatakan, ternyata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) memungkiri janjinya ditambah dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara jelas mengarah graduan mencari kerja lain dahulu dan baru-baru ini pada 10 Januari 2012 KPM telah memungkiri janjinya dengan tidak mengeluarkan senarai nama graduan pendidikan yang bakal ditemuduga.

Dalam hal berkaitan, graduan ISMP dan beberapa 'front' mahasiswa pendidikan dikatakan sedang merancang untuk mewujudkan gelombang kedua gerakan besar-besaran bagi menuntut KPM mempercepatkan 'posting'.

12 comments:

Anonymous said...

toksah cakap banyak... jgn mengharap jadi cikgu.... cari kerja lain... kalau tak puas hati berenti jadi student upsi... pi cari tempat lain.. terima kasih kepada Double A kerana kehebatan dan keangkuhan anda menyebabkan kawan-kawan anda perlu cari kerja lain.

Anonymous said...

koya molek....sape la yg buat blog ni....maklumat xbetul lgsung...

POSTING SEKOLAH MENENGAH:

http://apps.moe.gov.my/gsst/gurubaru2012/Jan_SemakanSekMenengah/

POSTING SEKOLAH RENDAH:
http://apps.moe.gov.my/gsst/gurubaru2012/Jan_SemakanSekRendah/index.cfm

JADUAL PENERBANGAN

http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2366

http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2367

Anonymous said...

kalau tak tau nak sabar,tak payah jadi cikgu...

Anonymous said...

Dua2 anon atas bangang...xtau mende post yg bkn2...kes posting tertangguh sejak bln 5 2011.sblum AA pnye kes..xde kaitan pon...dan yg link bagi tu nyuk maktab...dan program twinning ipta-ipg iaitu bdk tesl...bkn ntuk yg amik ismp kat ipta...adohai..kasiha
n..xtau ape jgn nak bunyik..nnt nmpak diri bodoh....

-bekas pelajar upsi yg belom posting...

Anonymous said...

Double A xde kena mgena pon dlm hal nie. jgn mengharap jd cikgu? dh belajar 4 thun dkt upsi tu utk ape? bkn utk jd cikgu? klau dh blh sgt mintk kerje lain. xde la kami mrh sgt.. ni xde sape nk ambik hanya krn memiliki ijazah PENDIDIKAN..

Anonymous said...

double A xde kena mengena pon pasal nie.. isu nie sblm double A lg. kami dijanjikan tp smpai skrg habuk pun xde. nk cr kerje lain? yg duk bljr 4 thn dkt UPSI tu utk ape? nk jd cikgu kan? knape plak nk tukar kerje lain? kami x kisah menungu n berkerja smbilan kerje lain selain guru. hanya kerana memiliki ijazah PENDIDIKAN, xde spe yg nk ambik kami!!

Anonymous said...

kalau nak buat analisis pun buat bagi tepat..

Anonymous said...

teringat waktu nk posting tahun 2006-2007.. kes yg hampir sama b'laku.. posting lambat hingga isu posting menarik perhatian media arus perdana.. lantas tmbln menteri pndidkn pd ketika itu, membuat kenyataan bhw KPM tdk terikat dgn mana2 peraturan utk mengambil graduan pndidkn sbg guru di sekolh kerajaan.. klu ada kekosongn, boleh ambil, tp klu xde,itu bkn mslh KPM.. Katanya lg, mungkin satu hari nanti, pengambilan guru akn 'diswastakn'. yakni, graduan pndidkn sendiri yg perlu m'cari kekosongn jawatn di sekolah sprti yg diamalkn di negara2 maju... takut jg bila dgr menteri kata mcm tu.. then, aku pn terus buat resume htr kt skola swasta,pusat2 tuisyen n jawatn kosong lain yg ada sangkut paut dgn major aku.. ada jg la kena panggil utk interviu n alhamdulillah dpt kerja. tp bkn jd cikgu tp kerja kt company consultant dlm bdg pendidikn.. bila dh start kerja dlm 2minggu, surat posting pn sampai.. Alhamdulillah.. aku rasa, apa yg timbln mnteri tu kata, ada kebenarannya, tp dlm masa yg sama, sbg kerajaan, menjadi t/jwb kerajaan yg memerinth utk mewujudkn peluang pekerjaan kpd rakyatnya..N sistem pendidikn kita msh belum boleh utk 'menswastakn' pengambilan guru.. Jd, kpd adik2 yg blm posting lg,bykkn b'sbr n jgn hanya terus berdiam diri duk kt rmh sambil mrh2 kt pihak2 t'tentu.. keluarlah cari rezeki yg lain, krn Allah akn memberi kpd mereka yg berusaha.. Nak jd cikgu mesti pandai 'survive' sbb kita nnti nk didik ank bangsa kita mcm mana nk hidup dlm dunia yg sebenar.. moga cepat posting. doa ku bersama kalian..

Anonymous said...

upsi bkn direct bwh kpm.pelajar2 ipg yg direct bwh kementerian.subject2 yg ditwarkan di ipg yg ikot ape yg kpm nk.jd pd pelajar2 upsi, doa je la akn dpt posting.sbb by rights, mmg plajar2 ipg yg ade kontrak dgn kpm.

Anonymous said...

helo bro.. nak tanya, bila masa upsi tawarkan jadi cikgu , sila buktikan apa dokumen perjanjian dimana kata upsi tandatangan... apakah maksud pendidikan adakah HANYA merujuk kepada perguruan.... hangpa graduan upsi tau nak senang tak kreatif, manja, lembap dan bengap.

oklah boleh terima pasal Double AA tapi kena ingat sebab double AA adalah pencetus kepada masalah... masa dia turunkan banting najib, pernahkah dia terfikir pasal hangpa ... masa demo 1 jan 2012 apa yang dilaungkan.. dalam speech dia ada disebut pasal posting, lepas kena bicara ada dia sbut pasal posting

oklah hangpa nak kata nie pasal artikel 10 perlembagaan.. kebebasan bersuara...ok nak tanya sapa yang uruskan posting... SPPkan.....sapa org SPP....marah ke tak org SPP bila hina Perdana Menteri....org -org yan kerja Gomen mgkin kata drpd aku bagi budak upsi kerja yang menentang kerajaan baik aku bagi org lain yang sokong kerajaan..

so nak tanya sapa punya angkara sekarang nie

siti said...

yup..sangat setuju, skang ni dah matang so dah pandai buat keputusan sendiri...kalau tak dpt jd cikgu di KPM...berlambak lagi keje lain....jgn malas untuk berusaha...tebalkan muka hantar resume kt merata2 yang berkaitan dengan major...kalau ada rezeki akan sangkut juga....rezeki adalah dari allah.kita ber ikhtiar...waallahualam...

saya bergraduasi dari UPSI sekitar 2007...pada masa tu ada juga masalah berkaitan dengan posting yang menarik perhatian papers and tv arus perdana...bertitik tolak dari itu, saya bertekat untuk mecari kerja lain sebagai back up...jadi saya menghantar resume kepada mara, ukm, upm dan beberapa universiti awan untuk menjadi guru atau pun tutor. yang menariknya saya telah dipanggil temuduga oleh ke semua jawatan yang saya pohon. lagi manis saya juga telah mendapat tawaran guru di KPM. nah, sapa kata graduan upsi hanya laku di KPM sahaja. pangkal hati untuk mencuba...insyaallah akan diperkenankan dengan izin allah.

Anonymous said...

nak jadi cikgu? cikgu tajaan kerajaan dpli, kpli dan maktab dah cukup ler. xperlu cikgu ismp nih.... wukwuk