January 8, 2012

Siri Kelima: Operasi bersih Islam disusuli bersih staff HEPA ?

Penulis telah mengulas dalam siri keempat berhubungan usaha-usaha yang dilakukan oleh DD.. dan juak-juaknya untuk membersihkan ISLAM di UPSI. Langkah pertama agar pembersihan itu berjaya ialah memastikan kakitangan yang ada jati diri yang kuat dan dianggap tidak akan menggadaikan prinsip agama dalam melangsungkan kehendak DD… dan juak-juaknya, maka kakitangan tersebut akan dikeluarkan daripada HEPA atau skurang-kurangnya dijauhkan daripada Bangunan Blok B yang menjadi kubu kuat DD…

Setakat artikel ini ditulis, sekurang-kurangnya empat operasi pembersihan kakitangan telah dilakukan oleh DD... dan juak-juaknya. Operasi pertama adalah menamatkan kontrak semua pengetua yang ada demi melantik pengetua-pengetua baru yang akan menjadi enjen pembersihan tajaan DD… Sekurang-kurangnya dengan pelantikan ini, pengetua akan merasa terhutang budi kepada DD… atas pelantikannya. Ini sudah pasti memudahkan DD… melakukan operasi pembersihannya.

Walaupun dengan alasan untuk memastikan pengetua adalah dari kalangan mereka yang memiliki Phd. Mungkin pada awalnya ada niat baik disebalik keputusan yang dilakukan oleh universiti. Namun kebaikan itu dipadamkan oleh DD.. dengan melantik pengetua-pengetua baru yang pada pandangan penulis sebahagian daripada mereka adalah tidak layak untuk mengisi jawatan itu. Penulis akan mengulas isu ini secara lebih lanjut pada siri seterusnya.

Cuma penulis kagum dengan sikap semua pemandu yang tidak sanggup bersekongkong dengan salah laku DD… setakat artikel ini ditulis tidak ada seorang pun memandu universiti yang sanggup membawa DD… akhirnya unit kenderaan terpaksa menggilirkan seorang pemandu membawa DD… selama seminggu.

Wahai warga UPSI. Tidakkah anda terfikir seorang pemandu yang berjawatan kecil tetapi berjiwa besar untuk tidak mahu bersekongkong dengan DD… tetapi aneh kan seorang berjawatan besar dan ada Phd. sanggup bersekongkong dengan misi jahat DD…

Operasi kedua yang dilakukan oleh DD… adalah mengeluarkan penolong pendaftar yang pada pandangannya ada kekuatan yang boleh menghalang kelangsungan operasi pembersihannya. Allah maha kuasa apabila dalam senarai yang dikeluarkan oleh pendaftar termasuk salah seorang kakitangan yang dikategorikan oleh DD… sebagai “pandai menyanyi dan menari”. Dengan arahan DD… pendaftar terpaksa menarik balik pertukaran kakitangan tersebut.

Kalau pembaca ingin tahu siapa kakitangan itu, bertanyalah kepada DD.. siapa yang menemaninya berkaraoke sampai pagi selepas program sambutan hari kemerdekaan di UPSI. Tidaklah pembaca merasa malu, apabila seorang yang dilantik untuk membangunkan sahsiah pelajar sanggup membawa pegawainya sendiri berkaraoke sehingga pagi. Malangnya nasib UPSI…

Operasi pembersihan kakitangan ketiga yang dilakukan oleh DD.. dan juak-juaknya adalah menukar Pembantu Tadbir yang dianggap sebagai ada jati diri untuk tidak sanggup bersekongkong dengan DD.. lantas melaporkan segala salah laku DD.. dan juak-juaknnya. Maka mereka ini diarahkan bertukar agar pergi jauh daripada Bangunan Blok B yang menjadi pusat operasinya.

Operasi keempat yang dilakukan oleh DD.. dan juak-juaknya adalah menamatkan kontrak felo yang dianggap sebagai “bukan dari puak kita” pada pandangan DD… mungkin ada felo yang patut ditamatkan atas sebab-sebab yang wajar.

Tetapi penulis menyeru kepada pihak pengurusan universiti agar menyiasat isu penamatan kontrak lantikan felo, kerana semata-mata felo tersebut tidak sanggup bersekongkong dengan DD.. untuk melaksanakan rancangannya yang bukan sahaja bercanggah dengan Islam tetapi juga bercanggah dengan prinsip yang digariskan oleh AUKU.

Penulis melihat isu pertukaran kakitangan HEPA ini sebagai isu yang serius. Bagi mengulas isu tersebut, penulis akan membangkitkan persoalan yang sama iaitu adakah UPSI akan kembali ke era 2005-2007. Kerana pada era itu dua kolej kediaman sedang dibangunkan oleh UPSI iaitu Kolej Harun Aminurrashid dan Kolej Engku Omar.

Bersambung..


*Ikuti siri pendedahan UPSIkini, Siri 1, Siri 2, Siri 3 dan Siri 4

7 comments:

Anonymous said...

Terima kasih atas penulisan ini.
(1) Penulis cuba menggunakan ISLAM untuk memperkukuhkan hujahnya sambil disokong oleh peng-karaoke-an DD. Sebenarnya ramai pensyarah yang pernah membat tuntutan yang lebih daripada sepatutnya, dan adakah dengan perlakuan sedemikan, maka ianya cuba membersihkan ISLAM? OK-lah, berhenti memanipulasikan isu ISLAM untuk menegakknakan hujah.
(2) Ingat, jikalau saya seorang pemimpin, maka saya sememangnya akan buang semua orng yang tidak akan bersekongkol dengan saya. Takkan punlis, sebagai pemimpin, akan menyimpan orang-orang yang mempunyai ideologi yang bercanggah dengan anda? Jadi, apa yang nak dibising dan digempitakan.

Anonymous said...

Kepada semua pelajar UPSI, sila ambil maklum yang terdapat banyak sekatan jalanraya di sekitar UPSI oleh pihak polis. Jikalau tida lesen, atau insuran motor sudah mati, jangan bawa kenderaan.

Selamat menghadapi peperiksaan. Semoga sukses selalu.

Anonymous said...

Always remember, kritik apa yg dibuat oleh seseorang, bukan kritik orgnya. Maka, JIKA org tersebut memusuhi Islam, nasihatilah dia sebaik-baiknya. Moga dia akan mendapat hidayah.

Anonymous said...

admin..cube check org2 yg xdapt kolej..hahha..ad konspirasi d sbalik bnda 2..kesian, aktif kolej bukan main..tpi bile ad yg xsehaluan ideologi..maka kna buang..ade yg nma kna cop ahli kuat pmbgkang..kna buang..simpn yg 'bgus2' je kt kolej..yg membawa jihad kbenaran, hbis kna buang..

Anonymous said...

salahkah penulis menggunakan islam utk memperkukuhkan hujahnya? atau kau org bukan islam yg tak percaya kpd islam? KETAHUI SEMUA DD adalah kaki perempuan, arak, kelab malam, pengamal ilmu hitam...adakah org mcm ni kita jdkan pemimpin ?

Anonymous said...

"ercanggah dengan prinsip yang digariskan oleh AUKU." Oi MP,kata mansuhkan AUKU??

Anonymous said...

assalamualaikum.

saya agak gerun bc komen ini.
"salahkah penulis menggunakan islam utk memperkukuhkan hujahnya? atau kau org bukan islam yg tak percaya kpd islam? KETAHUI SEMUA DD adalah kaki perempuan, arak, kelab malam, pengamal ilmu hitam...adakah org mcm ni kita jdkan pemimpin ?"

January 9, 2012 1:59 AM

erm...nmpk xbrp manis.dlm kita cerita psl islam, ada pula dakwaan mcm ni.xsokong mna2..tp jika ia fitnah,dosanya suma kta tau mcm mna..tp jika ia bnr...mna bukti nya...we dont want hear say