January 6, 2012

Memalukan – Pengetua tak matang

Tanjong Malim, 6 Jan – Satu lagi peristiwa memalukan berlaku di UPSI semalam apabila seorang pengetua kolej dikatakan telah memberi arahan supaya solat hajat yang dirancang tidak dapat diteruskan.

Solat hajat yang dirancang di Surau al-Falah (Kolej Aminuddin Baki) telah diganggu oleh campurtangan pengetua yang tidak membenarkan doa qunut nazilah dibaca dalam solat hajat tersebut.

Mereka dikatakatan terpaksa menyediakan imam khas supaya solat hajat tersebut tidak dibawa oleh pelajar sekaligus membolehkan doa qunut nazilah tidak dapat dibaca. Tindakan tersebut mengundang kemarahan mahasiswa yang hadir kerana tidak ada alasan yang logik untuk seseorang melarang qunut nazilah dibaca dalam solat.

Sementara itu seorang mahasiswa yang tidak mahu disebut identitinya memberitahu Upsikini bahawa dia agak hairan dengan suasana surau al-Falah semalam.

“saya berasa hairan apabila melihat surau yang penuh dengan jemaah kemudian terlihat pula kelibat pengetua-pengetua kolej juga berada dalam surau. Mereka sebelum ini tidak pernah nampak batang hidung pun di surau tersebut walaupun bertugas sebagai pengetua di kolej ini, katanya.”

“sebab itu saya rasa hairan dan musykil sesuatu sedang berlaku dalam surau ini, tambahnya lagi.”

Memetik luahan kecewa daripada facebook Kami Sokong Mahasiswa Pendidik, mereka melahirkan kekecewaan diatas sikap pengetua yang tidak professional dalam menjalankan tugas.

Sepatutnya sebagai orang Islam, kita harus memahami kepentingan solat hajat sebagai satu cara untuk bermunajat memohon kepada Allah diatas kesulitan yang dihadapi. Sebagai hamba kita mesti sentiasa berdoa kepada Sang Pencipta.

11 comments:

Anonymous said...

Bukan saja tak matang, BANGANG pulak...nasib le kome...

Anonymous said...

Qunut Nazilah untuk bala yg besar setskat nak buat demont.. dan merosakan keamanan org ramai tak yah.

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah.. kita doakan supaya ramai lagi pengetua akan terus berjemaah di surau.. amin ..think positive

Anonymous said...

pengetua kangkung! bodoh!

Anonymous said...

Dan wujud surah(rupa) dosa itu tiada menghendaki ia akan jauh tetapi terkadang adalah demikian itu sebab sampainya kepada Tuhan-Nya dan hasilnya dalam hadirat hampir-Nya seperti yang dikata orang; terkadang dosa itu memasukkan ia ke dalam syurga. Mudah-mudahan diampunkan dosa pengetua itu, sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk kita semua...

Anonymous said...

Mereka takut doa mahasiswa dan mahasiswi itu dimakbulkan tuhan.

Anonymous said...

mgkin mereka takut dengan kesan pembacaan qunut nazilah..mcm2..nk bc doa pn dihalang..pe kes le skg nie..ish3..nk kata budok2 tp pengetua..hoho

Anonymous said...

cuba fahami ape itu qunut nazilah??..
kite degree pon xdapat nk beza ngann DR.. ilmu die lebih tinggi dr kita ad alsan untuk bende tersebut.. jgn salah gunakan ilmu

Anonymous said...

itu takut kepada bayang2 sendiri... bimbang bila apa yg di rancang terlaksana n kemungkaran mereka terbongkar dengan kehendak Allah s.w.t berkat solat hajat berkenaan...

Anonymous said...

Bila tindakan diambil tanpa berfikir panjang, itulah jadinyer. Sesiapa pun boleh baca qunut tu. Allah lebih tahu siapa yg benar dan siapa yg salah. Tapi jgn lah mgundang fitnah dgn halang orang berdoa kpd Allah.

Anonymous said...

Jika betul pengetua halang dia akan jawab di akhirat kelak. Jika tidak berlaku mampus kau org akan merangkak mencari dia kat padang masyhar. Akupun doa gitu. Barulah adil. Hati2 kalau keluarkan kenyataan. Takut nanti jadi fitnah. Sembahyang sampai meletup dahi apapun tak dpt. Dosa je yg dapat sepanjang hidup selagi tak mohon maaf kpd orng yg kita fitnahkan itu.