January 17, 2012

Harga buku RPH diturunkan semula

Tanjong Malim, 17 Jan – Harga buku RPH yang naik mendadak yang dilaporkan Upsikini sebelum ini telah diturunkan semula kepada harga asal.

Kata sepakat tersebut diperolehi dalam satu mesyuarat khas bersama pihak koperasi (KOUPSI), Unit Latihan Mengajar (ULM), wakil Majlis Perwakilan Pelajar dan Muhammad Amirul Amran selaku pengadu dalam masalah tersebut.

Pihak KOUPSI bersetuju untuk menurunkan semula harga buku tersebut kepada RM20 setelah mengambil kira kewajaran dan beban yang ditanggung mahasiswa.

Muhammad Amirul dalam komennya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak universiti kerana prihatin kepada masalah mahasiswa.

“saya ucapkan terima kasih kepada pihak universiti diatas inisiatif yang diambil ini untuk membuat satu pertemuan bersama mahasiswa dan beberapa pihak berkaitan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mahasiswa, katanya.”

“setelah mengambil pandangan semua ahli mesyuarat akhirnya majoriti bersetuju harga buku tersebut diturunkan kepada harga asal dengan mengambil kira bebanan yang ditanggung mahasiswa, tambahnya lagi.”

Mesyuarat tersebut dikatakan diadakan atas arahan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Omar Abdul Kareem berikutan laporan kenaikan harga buku mendadak yang dilaporkan Upsikini sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, harga buku tersebut akan disemak semula selepas ini kerana terdapat kos yang berubah meyebabkan harganya juga terpaksa dinaikkan pada masa akan datang.

5 comments:

Anonymous said...

salam, bagi pelajar yang sudah membeli dengan harga RM 25 tu macam mana pula. Adakah wang tersebut boleh dituntut atau tidak. Mohon penjelasan.

Anonymous said...

alhamdulillah..terima kasih kepada semua yg terlibat..ringan sikit bebanan kami yang akan berpraktikum tak lama lagi nie..

Anonymous said...

BILAKAH KEPUTUSAN FINAL AKAN DIUMUMKAN? SESI 2011/2012

Anonymous said...

Alhamdulillah,ringan sikit beban kami..tahniah dan terima kasih kepada yg prihatin..

Siti Shamsiah Binti Sani said...

good...selamat berkuliah