January 12, 2012

Harga buku naik, universiti ambil kesempatan

Tanjong Malim, 12 Jan – Segelintir mahasiswa melahirkan rasa kecewa dengan kenaikan mendadak harga buku Rancangn Pengajaran Harian (RPH) yang dijual pihak universiti.

Mereka agak terkejut apabila buku tersebut dijual pada harga RM25 selepas menjelangnya tahun baru ini. Buku tersebut sebelum ini dijual pada harga RM20 sahaja.

Muhammad Amirul Amran, pelajar semester 6 merangkap Pengerusi Rakan Penggerak Ad-Din turut melahirkan kekecewaan diatas kenaikan harga tersebut.

“saya amat terkejut apabila hendak membeli buku tersebut hari ini kerana terpaksa membayar dengan harga RM25, sedangkan kawan saya yang membelinya minggu lepas hanya dengan harga RM20, katanya selepas dihubungi Upsikini.”

Pihak universiti dilihat cuba mengambil kesempatan diatas pemberian vaucer 1Malaysia yang mula diedarkan kepada mahasiswa bermula minggu ini.

Menurut maklumat yang diperolehi, alasan kenaikan tersebut adalah disebabkan faktor kenaikan kos dan stok buku yang berkurang.

Amirul menambah, alasan tersebut adalah tidak munasabah dan keterlaluan. Akibatnya mahasiswa terpaksa menanggung beban pada hujung semester ini.

Sehubungan itu, pihak universiti diminta tampil memberi penjelasan kepada mahasiswa dan harus pertimbangkan kembali kenaikan yang keterlaluan itu.

2 comments:

Anonymous said...

Berkaitan Buku RPH adalah dijual oleh Koperasi UPSI (KOUPSI) yang sahamnya adalah dikalangan beberapa orang staf UPSI. Buku ini dicadangkan olh Unit Praktikum UPSI untuk digunakan oleh Pelatih (Pelajar UPSI).
Masalahnya KOUPSI sewenang-wenangnya meletakkan harga yang sedemkian... SANGAT MAHAL.. pada pandangan saya ini adalah kerana: 1. KOUPSI tiada saingan..2. diada tender dikeluarkan (bagi sepenuhnya KOUPSI kendalikan.. 3. KOUPSI dalam keadaan tenat (kerugian besar) ini lah caranya untuk memperolehi keuntungan. 4. Ahli lembaga KOUPSI tidak ambil tahu apa yang berlaku dalamkoperasi.. semuanya staf yang buat.. ikut suka staf sahaja (saya apat maklumat dari staf koperasi).
Tindakan kita: sepatutnya mahasisawa wujudkan koperasi dan kita menjual sendii buku tu... dan saya lihat koperasi UPSI macam dah nak mati... harga barang semuanya mahal... minta UPSI KINI fokus dalam penyelewengan KOUPSI pula...

Anonymous said...

xpatut...redha jela, ada hikmahnya tu...biar Allah yg mebalasnya...