January 1, 2012

A.Samad Said, Dr Asri kecewa polis tindas mahasiswa

Tanjong Malim, 1 Jan- Sasterawan negara A. Samad Said dan mantan Mufti Perlis Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyatakan rasa kecewa mereka berhubung tindakan polis menindas, mencederakan mahasiswa dalam satu peristiwa di Universiti Pendidikan Sultan Idris malam tadi.

Tokoh sasterawan negara, A. Samad Said meluahkan kekecewaan berhubung peristiwa tersebut melalui satu sajak pendek yang disiarkan dilaman sosial Facebook,

"Lalu, tahun baru pun panas bertunas;
lalu, demo siswa pun ganas ditindas."-A. Samad Said

Manakala tokoh agama yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Asri menyatakan "Padankah melukai anak-anak muda ini? Mereka masih pelajar. Polis sudah melebihi tindakan wajar.."

"..dukacita polis memukul pelajar begitu teruk..saya di sini hanya mampu doakan keselamatan sekelian rakyat.." ujar beliau.

Dalam hal berkaitan, tindakan polis dan pihak UPSI mengendalikan demonstrasi aman malam tadi dikecam ramai pihak.

12 comments:

adam adli fan said...

kalau golongan cerdik pandai macam pak samad dan dr. asri sendiri bersetuju golongan mahasiswa tidak patut disekat kebebasan bersuara mereka, mengapa kita perlu kata mahasiswa demonstrasi ini bodoh dan biadab. Pak Samad yang bijaksana sendiri pernah terlibat dalam demonstrasi jalanan. Adakah Pak Samad bodoh dan biadab?

Najib Razak said...

Regim Najib akan gunakan segala kejahatan yang ada untuk menentang kebangkitan rakyat..

Waha bangsa ku sekalian.. AYuh kita pasang niat

"Sahaja aku tolak BN dalam PRU 13 kerana Allah Taala"

Jangan diharap lagi kepada rejim.. Kita harus mencuba kerajaan baru. Tidak kisah siapa yang memerintah. Kasih sayang, keadilan, kesejahteraan di bumi sendiri adalah hak milik rakyat..

Tiada kata lain lagi untuk pentadbiran rejin Najib Razak.. JOM UBAH...

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Anonymous said...

Jwapannya mudah, sbb tdak myebelahi UMNGOK, kalau myebelahinya, buat apa pn boleh. Inilah malaysia darul kartun...

Anonymous said...

mmg bodoh pn org tua janngut putih 2

Anonymous said...

Kepada TNC..menceroboh UPSI yg kite sayangi?sape yg nk ceroboh mlm2..nk buat ape..kan da ckp nk buat himpunan aman..xdenye nk buat bnda xelok..polis pon sma, nk pukul2..sampai patah tu..ni bukan himpunan bersih yang puluh2 ribu..ni himpunan kurang dari 100org..lain kali, handle with care..

Anonymous said...

biar aje mereka berdemonstrasi dengan aman. tak perlu menyeksa, memukul, dan menggunakan kekerasan ala Israel.

Anonymous said...

Adakah pelajar universiti lain yang tidak terlibat dengan demonstrasi murahan seperti ini dipanggil bodoh dan biadap? Adakah kami yang belajar di UPSI yang tidak mengikuti demonstrasi bodoh dan biadap dan bisu? Bagaimana pula dgn hak bersuara kami yang gemarkan ketenteraman? Mengapa kamu semua pekakkan telinga pada hak kami? Sudahlah guru2 dari UPSI dipandang rendah, peristiwa ini hanya menambahkan keaiban. Berhentilah sejenak dan berfikir... Andai kamu semua faham hak orang lain. Belajarlah menghormati jika ingin dihormati.

Anonymous said...

Siapa yg suruh langgar undang-undang,klu nak jumpa datang waktu pejabat.Demo untuk adam(yg belum jatuh hukum) atau untuk auku(yg anwar pertahankan masa dia menteri).Atau demo moral utk mentor...

adam adli fan said...

Anon January 1, 2012 11:10 PM,
Memang mereka yang tidak berdemonstrasi itu tidak bodoh, biadab atau bisu. Sebenarnya demonstrasi itu berjalan aman sekiranya lapan orang polis tidak membelasah seorang mahasiswa tidak bersenjata. Kami semua pun mahukan ketenteraman dan keamanan. Tapi bila ditindas, takkan mahu berdiam diri. Cuba tanya profesor dan ahli akademik hebat macam Aziz Bari, Terence Gomez, KS Jomo, Azly Rahman, Dr. Mutiara dan Cheah Boon Keng. Adakah mereka bersetuju dengan AUKU? Mereka ini jauh lebih bijak daripada kita semua.

Anon January 1, 2012 11:29 PM,
St. Augustine once said, "an unjust law is no law at all". Maksudnya undang-undang yang kejam tidak patut diterima sebagai undang-undang.

gamaan said...

Saya rasa tak adil juga untuk orang cerdik pandai seperti Dr MAZA dan Pak Samad menghukum pihak polis tanpa usul siasat terlebih dahulu. Benar tidak kecederaan tu dilakukan oleh polis itu pun kita tidak tahu, bahkan dalam video yang tersebar pun tidak kita nampak polis mana yang dikatakan memukul pelajar tu. Dari apa yang saya nmpak, jujur saya katakan polis dah melakukan tugas mereka dengan cara yang baik pada pagi kejadian tu.

Anonymous said...

kta jgn menunding jari kpd org lain,klu org cerdik pandai yg bertindak menguna kn akal yg waras,belum masa nya pelajar utk berpolitik,yg di tekan kan supaya pelajar adalah utk belajar,tppi silap nya pulak org yg ada jawatan terutama nya di upsi yg main politik di kampus,wahai pemerintah upsi jgn la terlalu mengikut telunjuk seseorng demi kepentingan politik sendiri,kenapa sebalum ini x ado demo berlaku di upsi,kenapa setelah bertukar nya tnc berlaku nya demo di upsi??????...............KENAPA>..........kenapa..........kenapa.......adakah salah pegawai yg terdahulu @ pegawai sekarang?

Anonymous said...

siapa yg biadap pelajar atau tnchep? peribahasa mengatakan "kalu bapak kencing berdiri anak apa lagi kencing belari 100 meter la,apa lagi kalau bapak borek anak nya rentik la,fikir2kn la wahai cerdik pandai semua nya jgn la jadi pak turut sahaja,jgn jadi seperti lembu dgn gembala..................?