January 11, 2012

Graduan kecewa lagi, KPM lengahkan 'posting'


Tanjong Malim, 11 Jan- Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sekali lagi melahirkan rasa kecewa mereka berhubung isu penempatan yang masih belum diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Memberi janji kosong

Menurut seorang wakil graduan ISMP, pihak KPM melalui pegawai Bahagian Penempatan Guru dikatakan telah berjanji beberapa kali untuk mengumumkannya. Kali pertama janji dibuat pada bulan November 2011, kemudian ditunda kepada bulan Disember 2011 , seterusnya mereka berjanji lagi untuk mengumumkan pada 10 Januari 2012.


Namun, sehingga kini tiada pengumuman dibuat. Tindakan KPM yang disifatkan memberi 'janji kosong' kepada wakil Gabungan Graduan ISMP tempoh hari ,menimbulkan pelbagai persoalan dan melahirkan rasa kecewa rata-rata graduan.

Dalam masa yang sama, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dalam kenyataan akhbarnya turut menyatakan penempatan akan dibuat pada bulan Mac 2012 tetapi sehingga kini, masih belum nampak proses untuk 'posting' tersebut dibuat.


Tak cekap dan gagal mengurus dengan baik

Selain itu, wujud dikalangan graduan yang menyifatkan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diletakkan dibawah Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak cekap dan gagal dalam menguruskan penempatan guru baru dengan baik.

Dalam pada itu, mereka turut mempersoalkan apakah masalah sebenar KPM yang sehingga kini masih belum membuat apa-apa kenyataan yang jelas berhubung isu posting ISMP. Adakah disebabkan kerajaan tak ada wang ? Atau KPM tak cekap menguruskan hal tersebut ?

Kekosongan guru kritikal, tetapi ambilan tiada

Dalam hal lain, baru-baru ini pihak Pejabat Pelajaran Negeri Johor dan beberapa negeri lain telah memanggil beberapa graduan pendidikan untuk diserap sebagai guru interim bagi memenuhi kekosongan guru yang kritikal.

Penyerapan guru interim tersebut telah memberi gambaran yang jelas bahawa keperluan guru disekolah agak kritikal. Dari hal tersebut, timbul persoalan kenapakah ambilan guru baru masih dilengahkan oleh KPM?

Untuk rekod, isu penempatan graduan ISMP telah dilaporkan di media, dibahaskan oleh ahli parlimen, namun hingga kini masih belum mampu diselesaikan.

Lebih 5000 graduan pendidikan sehingga masih belum melalui proses untuk di 'posting'kan . Mereka dilaporkan telah tamat belajar sejak Jun 2011. Hingga Januari 2012, kira-kira lebih 7 bulan mereka menanti untuk ditempatkan.

5 comments:

Anonymous said...

mesti creative...
tak jd cikgu kt KPM...cikgu sekolah swasta berlambak...take it or leave it....

Anonymous said...

sy pun bru hbs blajar bulan 1 ni.. dah survey sek swasta..penuh kot.. ramai sangat yg mohon. nak sorang, mohonya berpuluh2.. mcm mane tu? guru kafa pun penuh..harap2 cpt2 lah KMP postingkan guru2 ni..

Anonymous said...

semua graduan IPTA takde posting ke, atau hanya graduan UPSI aje?

Siti Shamsiah Binti Sani said...

boleh cuba apply untuk menjadi guru di kolej mara atau mrsm or jadi tutor di ipta...apa-apa pun selamat mencba...hantar jek resume kt diorang...kalau ada rezeki akan dipanggil interview....selamat melangkah ke alam pekerjaan...

Siti Shamsiah Binti Sani said...

boleh cuba apply untuk menjadi guru di kolej mara atau mrsm or jadi tutor di ipta...apa-apa pun selamat mencba...hantar jek resume kt diorang...kalau ada rezeki akan dipanggil interview....selamat melangkah ke alam pekerjaan...