September 30, 2011

Khalwat : Saksi dedah kronologi insiden

Tanjong Malim, 30 Sept. – Kronologi insiden serbuan khalwat yang melibat seorang pensyarah di sini bersama pasangannya di dalam sebuah rumah di Sekiah Makmur, Tanjong Malim didedahkan seorang saksi yang berada di tempat kejadian.

Saksi yang menyampaikan maklumat tersebut melalui emel di upsikini@gmail.com menjelaskan semasa soal jawab berasingan antara pensyarah terbabit bersama pasangannya, terdapat percanggahan yang amat ketara dalam penjelasan antara kedua-dua pihak.

Jelasnya, semasa soal jawab dibuat, pensyarah terbabit mendakwa mereka sudah pun bernikah di kampung sebelah pasangannya di Sandakan, Sabah. Namun apabila soalan yang sama diajukan kepada pasanngannya, pasangannya membuat kenyataan bahawa mereka belum berkahwin dan berasal dari Sarawak.

Tambah saksi, semasa soal jawab yang sama di balai polis, pensyarah terbabit menukar kenyataan mengatakan bahawa mereka sebenarnya telah bernikah di Indonesia dan selepas seminggu insiden tersebut, pensyarah terbabit mengemukakan surat nikah yang menunjukkan mereka bernikah di Thailand.

Dalam pada itu, saksi turut mendakwa isteri pertamanya telah pun diceraikan sebeluuminsiden tersebut berlaku iaitu pada hari raya Aidilfitri yang lalu. Sebab penceraian tersebut berlaku, tidak dinyatakan dalam emel tersebut.

Berikut merupakan keratan emel yang disampaikan kepada UPSIkini.


13 comments:

fadhlullah said...

ok,dedah kronologi..
dedah nama aku tak setuju
aku rasa upsikini nak main tarik tali dengan mamat2 yang memekak kata upsikini kecoh hari tu

bila buat mcm ni,memang terludah kat muka sendiri balik..
harap2 yg buat kes dulu tu dah tak buat dah..kalau dah samapi 2x kena tangkap

harap2 students upsi pun xkhalwat dah..bila fikir2 balik,masa buat mmg best..bila kantoi..aduh!

pendedahan kes ni,bagi kita iktibar..amek je mana baik,tolak mana buruk

cer fikir jauh sikit..jgn ingat semua benda fitnah saja

Anonymous said...

Nak tau bila plak tarikh lecturer tu ditangkap khalwat??? sbb agak konpius cket disni

Anonymous said...

Nak tau gak, ble tarikh lecturer tu ditangkap khalwat eh???

Anonymous said...

Tak berhenti2...dah rasa bored dah baca article berkaitan ni...x berkait langsung dgn kebajikan pelajar...tu pensyarah bukan apa aritst pun...buat apa asyik news dia je...bosan...kecuali la dia tu orng pntng bg negara...asyik mengumpat je hal orng lain...terlalu free ka admin blog ni? padahal admin ni sdr pun pensyarah...tu ka budaya orng Melayu? mengumpat je...lgsg x bagi faedah kpd uni...lepas tu nak complaint uni lagi...speechless la dgn blog ni...makin baca makin bosan...kalo boleh post la sesuatu yg boleh tolong pelajar dpt biasiswa ka apa ka...ni asyik mengumpat je...tu ka blog terkini upsi? kalo mcm tu tukarla jadi blog mengumpat...Jgnlah jd bhn ketawa oleh orng luar...kalo boleh post la smthng yg knowledgeable sikit...kalo x orng akan ketawa orng melayu ni x berpendidikan lgsng...x harap nama upsi dicemar dgn orng melayu x ada knowledge lagi...tu la yg selalu dikatakan oleh orng luar...

Anonymous said...

Blog paling begong..lebih baik blog ni bukak pejabat kat jabatan agama. Boleh dapat cerita2 panas org kena tangkap khalwat. Mesti laku blog ni..banyak lagi keja lain yg boleh ditulis..buat malu upsi je. Inilah hasilnya yg dpt upsi lahirkan. Pergi posting nanti asyik mengumpat dan buat fitnah aje. Jahanam sekolah ada cikgu yg hasil dr upsi. Kalau penulis ni jadi pengetua pulak hancur sekolah.

Anonymous said...

mana yg baik ambil iktibar, mana yg buruk minta d jauhkan. aku rasa lau upsikini x keluarkan berita ni pun, satu upsi akan tahu jugak. lagi pun, upsikini bukan keluarkan nama lect tu pun. lau dinyatakan nama, itu la yg sepatutnya xboleh. akan mengaibkan orang pula. heran ak, ade jgk makhluk yg desak upsikini suh keluarkan nama pensyarah tu. agak2 la beb.

Anonymous said...

saya rasakan apa yang diceritakan tentang hal pensyarah ditangkap khalwat ini adalah penting. supaya pelajar tahu bahawa lecturer dia ni kaki putar alam. Dalam kuliah sering promote diri baik, beriman, kawan2 lecturer lain semuanya tak betul.siap burukkan kawan-kawan pensyarah depan pelajar. Bagi saya mesej yang nak disampaikan di sini ialah para pelajar perlu menilai pensyarah-pensyarah mereka!yang mana yang ikhlas memberi ilmu sebagai panduan utk dibawa ke sekolah.Bukannya sekandar pandai berteori mengatakan itu dan ini tapi hampeh...berlagak dalam kelas seolah-olah terlalu hebat mengajar tapi pengalaman di sekolah hanya 3 bulan itu pun sewaktu wat praktikum. Takkan pengalaman di sekolah 3 bulan boleh cerita macam-macam yeop...yang selebihnya macam kata orang perak...mengelentong je sampai hangit.Bagi saya ini adalah kafarah kepada beliau, mengislamkan bukan Islam memang pahalanya besar...tapi bagaimana sekiranya meruntuhkan masjid yang telah dibina sekian lama? lu fikir la sendiri

Anonymous said...

Anonymous
October 1, 2011 11:55 PM

Apakah anda 'Dr DRSSHT' tersebut??? Apakah anda cemburu dengannya kerana tidak pernah mendapat anugerah cemerlang??? Be Ur self la 'dr'

Anonymous said...

Bukan soal kita dedahkan tetapi ini soal sekeliling kita yang di off recordkan oleh pihak atasan kerana nak jaga nama upsi, Adalah tidak matang memandang article or kes ini dari sudut politik kampus, ini soal generasi Akan datang .....kalau pensyarah begini sikap , saya tak pelik .....dah memang pensyarah yang tiada didikan agama yang baik Akan melakukan , Akan memandang kes ini dengan mata nafsu....soal ya Sekarang apa yang pihak upsi buat, apa yang pihak atasan buat.....? Kalau junaidi tak malu Tarik tang an pelajar perempuan dok menari or joget lam bak...apatah lagi orng bawahan, Akan buat lebih Dari itu....so fikirkanlah....madam budak budak orang atasan upsi ni

Anonymous said...

xde apa2 tindakan ke tuk pensyarah pagar xboleh harap ni?dh la memalukan imej fakulti..xkn terlepas mcm tu je?xkna gantung tugas?pensyarah yg mcm ni xrugi klu upsi lepaaskn..wtpe simpn klu memalukan...klu student leh gantung,buang npe lecturer atau staf xkna pe2 tndakan?setakat amaran sj xperlula..atau ada ahli politik dh cover kes mcm ni?yela,org UMNO kn..slalu duk banggakan Tok Pa..ni la yg perlu kabel UMNO..wat slh tp blh terlepas..

Anonymous said...

meh kita amik iktibar dr hal mcm ni..bila manusia ada akal utk berfikir tp sudahnya akal letak kat kepala lutut..bila allah nk uji kuat mana iman kita..dh terbukti dia ni bertuankan nafsu..jadi UPSi takkan nk diam kot???

Anonymous said...

Sepatutnya kalau dah dot Anugerah Cemerlang tu, cemerlanglah akademiknya, cemerlanglah prestasinya, cemerlang juga sahsiahnya. Didik org utk jadi guru, dgn perangai yg tak boleh ditiru...layak ke jadi pensyarah??

Anonymous said...

1. Orang yang menulis memberi pandangan seolah-olah menyokong pensyarah yang bekhalwat tu macam dikenali je. agaknye tukang jawabni pensyarah berkenaan kot heheheh...
2. Siap cuba meneka siapa gerangan yang menelanjanginya personaliti beliau.
3. This is open secret, we all students know about his political things in UPSI. He thought that he can simply cover all this. Hehehe common la sir we are not dumbed and stupid as you think. actually based on internal source your dont have merit to get the anugerah cemerlang.We all knows that you kaki bodek.
4. You were cursing this blog moderator as bengong and he is unqualified to run the school. aiyaa sir...how about you sir ... the worst among the worst ... adios