December 22, 2011

UPSI keluar perintah ‘kurung’ pelajar

Tanjong Malim, 22 Dis – Pihak pentadbiran tertinggi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dikatakan akan membuat keputusan 'mengurung' semua pelajarnya agar tidak keluar daripada kawasan kolej hari ini.

Pintu pagar kampus juga dikatakan akan ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 12.45 tengahari hingga 1.30 tengahari.

Lewat petang semalam, pihak UPSIkini mendapat maklumat bahawa semua pintu pagar kolej kediaman akan ditutup mulai jam 10 pagi bagi mengelak daripada pelajarnya menyertai himpunan PKR dan PAS di hadapan pintu utama UPSI tengahari ini.

Sementara itu, para pensyarah juga telah mendapat notis peringatan daripada pihak universiti agar tidak terlibat dalam sebarang anasir politik luar.

Kumpulan PKR dan PAS akan tiba di UPSI sekitar jam 1.00 tengahari bagi menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor UPSI menuntut keadilan dalam pengendalian kes Adam Adli.

14 comments:

Anonymous said...

puak2 yg gila politik ni pasti gembira kan..gembira ka anda semua dah buat upsi ni jd medan politik???
gembira ka anda semua lihat kwn2 nak pergi kampus pun susah..gembira kan anda lihat kwn2 lain disusahkn dgn semua keadaan ni..nak belajar pun tak tenang!!

as mie said...

upsi jd terkenal doiiii.........ingt pasal bakal guru cemerlang....tp rupanya....tempat politik bermaharajalela....pui3....pui3

Anonymous said...

Alah kecoh je ko...mcm ko tu study la plak...poyo jr lebeh...blah la lu

Anonymous said...

tu le come~

siput babi said...

sabar.kebenaran akan terserlah.jangan cepat melatah.ujian Allah hanya untuk menguji keimanan hambaNya.jadi pokoknya kita kene bersabar.okei?

Anonymous said...

setakat belajar angguk buat apa.. cuba juga ambil tahu hal kat luar sikit...
jadilah kamu mahasiswa menikus.. hekhekhek.

Anonymous said...

kenapa takut bila pkr n pas nak dtg... takut lebih ramai mahsiswa yg turut serta dengan rela hati tnpa dipaksa? sekat la selagi bole sekat.. kalau takut dilambung ombak jgn berumah ditepi pantai, kalau takut mahasiswa merombak pemerintahan malaysia jgn sesekali jadikan mahasiswa sbgai pecacai..

Anonymous said...

haha upsi kne tegas klw x xde posting untuk graduan nt.. kak kah kah!
tp xpe plihn rye nt kiter tkar ea... A.B.U!

Anonymous said...

bodo. mak bapak hantar pi study. diorang sibuk nak berpolitik. macam la orang2 politik diorang tu yang bayar yuran pengajian. Btol la Tun Mahathir kata, student Melayu ja sibuk ngan benda2 cemni. Bangsa lain sibuk study.

Anonymous said...

knape msti nk ttup n kurung plajar sdgkn wktu geng BN dtg bt demonstrasi ary 2 xkata ape2 pn..xambk tndakan ape2 pn..heee..nmpk cgt ikut tlunjuk kn??mhasiswa ade otak..ade akal...diorg pndai pk sndri la..so,xpyh la nk tekan2 pljar gn sume ni..sudah2 la maen gn tktik politik ni..ktorg dh bosan lerr..klu bnda yg adam 2 nk bt mbwa kpd kbaikn plajar ape slahnye..xfham la..ape la nk jdi gn rkyt MALAYSIA skrg ni..sumenye dkenakan tndakan klu xikut cra diorg kn..

x_upsi_student said...

Makin hari UPSI makin lembu. Kenapa perlu tunduk pada tekanan politik daripada pihak tertentu? Takut tak dapat peruntukan kerajaankah? Kalau seseorang tu dah bergelar mahasiswa, maknanya dia sudah pandai berfikir. Kebolehan inteleknya tinggi. Biarlah golongan mahasiswa tentukan haluan dan pendirian mereka sendiri. Mereka bukan budak tadika. Tak perlu nak sekat kebebasan bersuara mereka.

Anonymous said...

terbaikk...gua redah je klu ada..tp senyap je td...kecewa la jgk...gua hantu DEMO..jgn marah!!!

Anonymous said...

isu posting pun blom selesai...timbul lak isu bru. nnti cikgu-cikgu sekolah kata ape la nnti time wat praktikum. sbb seorng semua terasa effectnya.

Anonymous said...

stupid.isu2 camni pun nak post.dtg belajar,watla cara belajar.