Tanjong Malim, 19 Dis-Belum pun reda isu pembekuan 'posting' graduan pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi menjadi tumpuan negara apabila Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli dikecam hebat oleh ahli UMNO dan beberapa NGO 'pro-Melayu' ekoran tindakan menurunkan bendera Najib Razak di PWTC pada satu siri demonstrasi mahasiswa menuntut kebebasan akademik 17 Disember lalu.
Tindakan menurunkan bendera Perdana Menteri dan ditukar dengan bendera 'Academic Freedom' selama beberapa minit sebelum diganti kembali mendapat kecaman dan ugutan hebat dari ahli UMNO.
Dalam pada itu, pagi tadi sekumpulan ahli UMNO, MIC, PERKASA mengadakan satu demontrasi dihadapan pintu utama UPSI dan menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Dr. Zakaria Kasa.
Serahan memorandum yang mendesak agar Adam Adli dikenakan tindakan tatatertib dalam masa 2 minggu diserahkan oleh Ketua Bahagian UMNO Tanjong Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib serta beberapa anggota MIC dan PERKASA.
Naib Canselor bersama beberapa pegawai pentadbir universiti termasuk TNCHEPA, Datuk Paduka Dr Junaidi (DDJ) telah menerima memorandum tersebut dihadapan pintu utama kampus dan dikatakan akan mengambil tindakan sewajarnya.
Dalam hal berkaitan, beberapa pihak disini tidak menolak kemungkinan Adam Adli akan dipanggil oleh pihak universiti dalam masa yang terdekat bagi mendapatkan penjelasan dan mungkin akan dikenakan tindakan tatatertib.
Untuk rekod, Adam Adli pernah dipanggil oleh pihak universiti ekoran isu 'demo air' tempoh hari.

(Prof Dr Zakaria menerima memorandum dari Datuk Khusairi)
Naib Canselor bersama beberapa pegawai pentadbir universiti termasuk TNCHEPA, Datuk Paduka Dr Junaidi (DDJ) telah menerima memorandum tersebut dihadapan pintu utama kampus dan dikatakan akan mengambil tindakan sewajarnya.
Dalam hal berkaitan, beberapa pihak disini tidak menolak kemungkinan Adam Adli akan dipanggil oleh pihak universiti dalam masa yang terdekat bagi mendapatkan penjelasan dan mungkin akan dikenakan tindakan tatatertib.
Untuk rekod, Adam Adli pernah dipanggil oleh pihak universiti ekoran isu 'demo air' tempoh hari.
6 comments:
ko dah taw kt c2 banyk orang UMNo yang dok sibuk turun bendera 2 buat pe?...akai ada ke?..sibuk nk bpolitik je..sibuk nk kuasa..
Turun bendera najib, dan pinjam tiang tu untuk menaikkan protes auku, dan kumudian menukar balik bendera najib. Apa kesalahan Adam dalam hal ini ye? Akata apa ye? Menurunkan bendera najib merupakan satu kesalahan di sini? Takde otak punya orang UMNO. Nak datang ke upsi utk sampaikan memorandum kepada NC UPSI.
adam, nasihat aku walaupun dh terlambat (mungkin lain kali boleh pakai). ko tak suka najib takpe. ko benci umno tu ko punya pasal. tp adam, najib adalah pm yg dipilih oleh majoriti rakyat malaysia. dia pm malaysia. suka tak suka, sayang atau benci dia masih tetap pm malaysia yg wajar dihormati, kalau ko faham maksud demokrasi. tindakan ko turunkan bendera ada muka najib tu kira tak senonoh. umpama ko turunkan frame gambar bapak ko sebab ko marah mintak duit tak dapat. lain kali bila bertindak pakai otak kt kepala ye. ko mahasiswa, ada otak yg bagus. bukan semua yg ko rasa betul tu wajar dilakukan. hantar memorandum biar bertertib. tindakan kurang ajar maksudnya buat provokasi. tindakan ko tu dh mengheret puak umno utk masuk campur, sbb najib tu sekarang bapak umno. ko sendiri nk bapak ko kena hina? sendiri mau ingat la...
Adam tak salah. Najib PM yang dipilih majoriti rakyat? Dia cuma ganti Pak Lah lepas PRU 12 itu hari
Kalau UPSI tunduk pada ugutan UMNO, maknanya UPSI memang ibarat lembu dicucuk hidung oleh parti politik tertentu
isu kecil ..turun bendera jew...yg sampai panggil tu tak perlu pun....bnyk lagi isu hebt perlu difikir...mende kecik jadi gado maaa
Post a Comment