September 20, 2011

Tangguh program kerohanian, benar koraoke dan hiburan

Tanjong Malim, 20 Sept. – Rasa tidak puas hati di kalangan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap pendekatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A), Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar yang menangguhkan program-program kerohanian semakin jelas apabila sebilangan penuntut di sini mula mengeluarkan komen-komen bantahan yang ditulis di dalam laman sosial facebook UPSIkini.

Rata-rata komen yang ditulis membantah pendekatan Junaidi yang dilihat menolak program-program berbentuk kerohanian dan ilmiah tetapi begitu terbuka terhadap program hiburan.

Antara yang menjadi perhatian adalah penagguhan program Rakan Penggerak Ad-Din dan Pengajian Pondok yang semakin mendapat tempat di kalangan mahasiswa di sini namun diarahkan oleh Junaidi supaya program tersebut ditangguhkan daripada dilaksanakan.

Dalam satu kenyataan, pihak HEP&A menjelaskan penangguhan program-program tersebut adalah bagi memberi laluan kepada perancangan satu program kerohanian yang lebih besar. Namun sehingga kini, pengumuman berkenaan program tersebut masih belum dibuat.

Menurut sumber yang dihubungi UPSIkini, penjelasan pihak HEP&A yang mengatakan program-program tersebut ditangguh hanyalah bagi meredakan keadaan dan hakikatnya program-program tersebut cuba diharamkan daripada terus berjalan.

“Kami tidak faham mengapa program yang baik seperti ini tidak disenangi beliau (Junaidi) dan kami percaya alasan penangguhan hanyalah jawapan politik Junaidi yang lebih gemar berkaraoke berbanding menggiatkan program ilmiah”, kata sumber.


7 comments:

Anonymous said...

dah nak kiamat dunia ni...

Anonymous said...

pemimpin yang tidak kisah akan topeng yang dipakainya itu dibuka.jangan pelik kiranya di universiti itu nanti akan lebih ramai golongan seperti itu.

Anonymous said...

Nak buat mcm mana... di UPSI berkaraoke, di Dusun Bay pun dia berkaraoke pulak diiringi oleh GRO part time HEP...

Anonymous said...

Aku pun pernah nampak dia berkaraoke dgn pegawai perempuan HEP di Dusun Bay. Bukan main mesra lagi berkaraoke.
MP & LMP kena buat sesuatu, buktikan bahawa undi kami tidak sia-sia.

Anonymous said...

Wah! HEP dah ada GRO, menarik betul. Aku pun biasa nampak Junaidi dgn GROnya di Dusun Bay berkaraoke. GRO dgn pakaiannya ketat hinga terserlah kedadaannya. Patutlah Junaidi simpan dia di HEP. Nasib baiklah GRO tu pegawai HEP kalau mahasiswi mahu jer ambik gambar hantar ke media. Dengar cerita Pegawai yang sama itu yg berkaraoke sampai ke subuh di Pejabat HEP bulan puasa lepas.

Pelajar jika buat maksiat dinasihat dan dikenakan tindakan disiplin tapi kalau Pegawai buat maksiat terang-terangan tak ada siapa pun berani nak ambil tindakkan.

MP & LMP janganlah berdiam diri. Maksiat harus ditentang habis-habisan. Allahu Akhbar!

awangsulung said...

pendekatan menyekat kebajikan menaikkan kemaksiatan merupakan rencah pilihanraya kampus. selagi RPA dilihat condong kepada parti bulan, semua program akan dicantas

awangsulung said...

MP & LMP seharusnya menjarakkan diri dari RPA sekiranya ini dilakukan mungkin perubahan akan berlaku