September 20, 2011

Staf HEP&A ditukar, Junaidi mula tunjuk belang

Tanjong Malim, 20 Sept. – Belum pun reda isu kenaikan pangkat luar biasa Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A), Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar, timbul pula isu pertukaran beberapa staf di Jabatan HEP&A secara mengejut.

UPSIkini yang menerima emel daripada seorang sumber mendakwa Junaidi sedang memerhatikan setiap staf yang berada di JHEP&A untuk ditukarkan ke jabatan lain dan menarik masuk staf lain untuk membina kumpulan sealiran beliau.

Terbaru katanya, Penolong Pendaftar Kanan JHEP&A, Encik Faizi Othman akan ditukarkan ke Bahagian Sumber Manusia (BSM) dan jawatan tersebut diisi oleh Penolong Pendaftar Kanan BSM, Puan Hajjah Zainab Othman.

Katanya lagi, sebelum ini beberapa staf lain telah diarahkan bertukar dan kebanyakannya merupakan orang kuat TNC HEP&A sebelum ini, Prof Dr. Shaharudin Abd Aziz.

Meskipun perkara berkaitan pertukaran staf antara jabatan merupakan amalan biasa di kalangan kakitangan bukan akademik, namun pertukaran secara drastik ini memperlihatkan sikap kurang profesional Junaidi yang dipercayai mempunyai agenda tersembunyi, tambahnya lagi.

6 comments:

Anonymous said...

Biar Junaidi menunjukkan belangnya... kerana kuasa ada pada tangannya... tapi ingat... apa yang di rancang jika timbul kemusnahan, pihak alumni UPSI tidak akan berdiam diri...
Junaidi memang mahu tengok anak bangsa akan datang suke berhibur, suka tengok cucunya suka berhibur, nak merosakkan bangsa jer...

Anonymous said...

aku setuju.... bangsa melayu sanagat di agungkan kerana peganagan agama yang kuat dan memahami tatasusila kelmbutan asli masyarakat asli....ops aku lupe... junaidi orang indonesia, kok bisa melihat masyarakat melayu,,, sudah ada taring dari indonesia bawak ke malaysia...
Ingat Junaidi...
bangsa Melahu bangsa bermaruah,
bangsa yang di pupuk untuk bersatu,
bangsa melayu bangsa yang sangat akrab dengan islam,
bangsa melayu sahaja yang mneggunakakn bahasa al quran dalam tulisan iaitu tulisan jawi,
kalau hiburan ukuran junanidi nak memupuk guru agar berakhlak,,,,, nampak gayanya, Junaidi sendiri telah tersesat..tersesat dengan pangkat atas angin, dan kuasa yang tak di iktiraf...

Anonymous said...

wei Anonymous....
mana ko tahu dia orang indonesia...mcm ni la, aku minta pada wartawan UPSIkini...siasat latar belakanag junaidi dan tengok visinya...kena selidik ni... kalau betul dia dari orang indonesia,,,
dalam senyum manis dia tu banyak betul perangcanagan yang merugikan UPSI...

Anonymous said...

Siasat dulu upsikini...nak wat onar je watpe.....asyik2 wat onar...Islam x suruh sebar berita palsu....imej biar melambangkan peribadi luar dan dalam...pahami Islam secara jelas bukan nak mengata orang je.....

Anonymous said...

suke berhibur amalan palsu ke?? klu dh 2 3 pagi bwk staf sndiri g karaoke tu melambg kn pe?? xpernah lg la pas mjls ade karaoke yg tah pape.. syok sndiri pn ade..malu la kat budak2 yg bru nk blajar cm ne nk ajar org jd manusia yg baik n berakhlak..kira x kne gaya nye..bukan mksud kn dia tu org indonesia tp dia sndiri mbgga2 kn nya smpai budaya sndiri pn diketepi..lom ape2 dh tukar itu ini, mansuh itu ini..yg dia pntingkn smunya DUNIAWI semata..ikut kn nafsu..NAUZUBILLAH.. warga UPSI tsayang "amik la yg baik, buang la yg buruk tu k"

Anonymous said...

Wei!
Apa nak heran! HEP dah jadi pusat karaoke. Pegawai-pegawai HEP yg kononnya islamik & alim serta warak gitu sekarang ni dah terselak lebar..hanya satu lakonan.. Maksiat berlaku depan mata bukan nak ditegur malahan ikut sama. Macam mana kita nak hormat pegawai-pegawai mcm ni. Cakap tak serupa bikin.
Sebelum bulan ramadhan HEP menganjurkan pesta maksiat di Kolej Za'ba sampai jam 2.00 pagi, tak cukup dgn itu bulan ramadhan lepas sessi buka puasa berkaraoke dipejabat dia bersama pegawai-pegawai perempuan sampai ke subuh (kalau tak caya tanya pakgad yg meronda). HEP dah mcm pusat karaoke pulak, belum habis masa kerja dia & pegawai dah berkaraoke.. tak puas berkaraoke di UPSI dia sambung di Dusun Bay pulak (diiringi oleh GRO part time HEP).
Kalau inilah TNC HEP punya perangai kita kena berbuat sesuatu, MP & LMP harus menentang maksiat nyata ini habis-habisan agar kita tidak dilaknat Allah. PRK kali ini memang kami sebulat hati akan menyokong calon-calon LMP & MP. Hentikan maksiat yang memalukan kita mahasiswa/i UPSI.