September 26, 2011

“Rombak RPA ikut acuan saya” - Junaidi

Tanjong Malim, 26 Sept. – Dengan arahan supaya modul Rakan Penggerak Ad-Din (RPA) dirombak dan disusun semula mengikut acuan beliau, Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor HEP&A mahu langkah tersebut dilaksanakan segera.

Beliau memberi jaminan bahawa RPA akan diberi kebenaran untuk dijalankan seperti biasa selepas rombakan dan penyusunan modulnya dilakukan ketika berucap dalam Majlis Solat Hajat Perdana RPA minggu lalu di Surau Al-Falah.

Mengulas berkaitan kenyataan tersebut, seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi RPA, saudara Mohamad mendakwa, penyusunan semula modul tersebut tidak perlu dilakukan kerana tidak ada apa-apa yang bercanggah atau bertentangan dengan mana-mana pihak.

“Saya melihat arahan membuat rombakan dan penyusunan semula modul adalah tidak perlu sama sekali kerana modul yang sedia ada telah pun disemak oleh Pusat Islam sebelum ini dan pelaksanaannya juga mengikut seperti apa yang telah dipersetujui. Jadi apa yang hendak dirombak “, katanya.

Tambahnya lagi,”Sekiranya Junaidi ingin terlibat dalam menyusun semula modul ini saya kira ada baiknya beliau bersama-sama mengikuti program ini untuk memperbetulkan diri”.

Kenyataan Junaidi yang mahu terlibat secara langsung dalam rombakan modul ini menimbulkan pertikaian di kalangan ahli RPA apabila beliau sering dikaitkan dengan aktiviti kurang disenangi mereka seperti karaoke dan joget lambak.

4 comments:

Anonymous said...

Aku menyusun sepuluh jari memohon maaf krn menuduh UPSIKINI membuat fitnah, setelah aku baca dan lihat sediri gambar yg dipaparkan aku rasa bersalah, maafkan aku.

Masya'Allah, ini gambar pesta joget lambak HEP di Dewan Kolej Za'ba. Bertudung pun turut menari! Yang perempuan aku nampak dlm gambar tu isteri orang semuanya. Ya Allah! Apa dah jadi dengan HEP UPSI ni! Sungguh tidak bermaruah perempuan-perempuan seperti ini,pegawai HEP pulak tu.

Terima kasih pada Junaidi kerana menjadikan pegawai-pegawai HEP yang selama ini dihormati setaraf dengan perempuan joget atau lebih baik sikit bunyinya GRO.

Terima kasih pada Junaidi kerana menjatuhkan maruah para suami mereka ini dan mengajar mereka bermaksiat dibelakang suami.

Terima kasih pada Junaidi kerana menjadikan UPSI ni pusat karaoke dan joget lambak.

Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayahNya pada Junaidi.

Ya Allah, aku mohon padaMu agar janganlah kami dilaknat diatas kemaksiatan yang berlaku ini. Kami mohon perlindungan dariMu. Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang Kau redhai jalan-jalan orang yang kau berikan sinar keimanan.. Amin.

Marilah kita bersama-sama membenteras maksiat ini. Jangan biarkan mereka ini terus memalukan UPSI. Jangan biarkan mereka terus mempermainkan agama Islam yang suci ini.

PRK kali ini marilah kita pastikan kemenangan dipihak kita. Kemungkaran & Kemaksiatan Harus dibenteras. Allahu Akbar!

Anonymous said...

Junaidi ni orang saluran pertama.... suka pada karoke dan joget lambak...memang mereka nak semua ni, coz mereka tak pernah nikmati keseronokkan pada zaman usia mudanya....so apa lagi waktu umur menati senja ni le yang dia nak seronok...zaman sekarang zaman orang muda kenal kehidupan...dan zaman sekarang sesiapa yang tercicir tentng agama adalah orang yang kolot...ketinggalan dan seronok pada dunianya sendiri....kalau tak ubah gaya pemikiran dan tindakan ...maka sudah pasti akan ke arah lembah kemurkaan Tuhan.... saya bukan penghukum, tetapi sudah pasti hidup kita hanya ada dua pilihan,baik buruk, pandai bodoh, cerdik tolol, malah di akhir kehidupan jugak diletakkan destinasi dua pilhan iaitu syurga neraka...so kita nak kemana, perubahan bukan pilihan tetapi kemestian...

Anonymous said...

Prof Zakaria sebagai VC takkanlah berdiam diri atau kita ramai-ramai berjumpa VC agar sebarang tindakan boleh diambil.
Junaidi dan GROnya harus dikenakan tindakkan yg sewajarnya. Maruah & Integriti HEP harus dikembalikan. Perempuan-perempuan joget itu harus dikeluarkan dari HEP.
Patutlah pegawai-pegawai HEP yg takboleh dia usung berkaraoke ditukar ke jabatan lain. Ini bermakna pegawai-pegawai HEP yang ada sekarang ini semua kaki maksiat yang sealiran dengan Junaidi. Parah! Parah! Parah!

Anonymous said...

Ini baru sekeping jer, sebenarnya ada banyak lagi. Meriah betul mrk bermaksiat malam itu. Junaidi ni bukan kira bini orang ke apa ke janji boleh pakai dia pakai. Lahanat sungguh. Nak muntah rasanya tengok betina-betina bertudung begitu meriah menari. Baik buang jer tudung tu. Sungguh memalukan.

Insaflah..selagi pintu taubat masih dibuka. Jangan tau menasihat pelajar jer nasihat diri sendiri dulu.