September 27, 2011

NC ke Australia pantau cuti belajar

Tanjong Malim, 27 Sept. – Meskipun telah memegang jawatan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), namun berikutan ketiadaan Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (A&A) UPSI, Prof Dr. Zakaria Kasa mengambil tanggungjawab menghadiri Lawatan Rasmi ke Perth dan Melbourne, Australia dalam program pemantauan staf UPSI yang belajar di sana.

Program yang berada di bawah kendaliannya ketika menjawat jawatan TNC A&A itu merupakan program rasmi yang diadakan bagi memantau perkembangan kakitangan akaddemik UPSI yang melanjutkan pengajian ke luar negara.

Beliau yang menghadiri lawatan rasmi tersebut bersama Pendaftar UPSI dan Dekan Fakulti Sains dan Matematik turut memenuhi jadual menyampaikan taklimat pekeliling dan perkembangan cuti belajar staf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain.

Sehingga kini seramai 30 kakitangan akademik seluruh IPTA yang sedang melanjutkan pelajaran di Perth, Australia telah dipantau. Dalam sesi tersebut mereka dinasihatkan supaya menamatkan pengajian mengikut tempoh yang telah ditetapkan supaya tidak berlaku masalah kewangan akibat kelewatan menghabiskan pengajian.

Esok, beliau dilaporkan akan ke Melbourne untuk tujuan yang sama selama dua hari sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada Jumaat.

1 comment:

Anonymous said...

oh, baru kami sedar kenapa dekan fakulti sains diberikan kenaikan pangkat menjadi profesor walaupun tidak memenuhi beberapa syarat kenaikan pangkat seperti -->dapat dan selesai 2 penyelidikan geran luar sbg ketua, -->penyeliaan dan menggraduat 1 pelajar PhD atau setara 5 pelajar master mod B. Tengok rekod beliau kat internet, tiada menggraduatkan sebarang pelajar PhD tapi hanya seorang mod B. Dia ada mod A (kerjakursus) dan tak kira untuk kenaikan pangkat. Barulah kami faham yang mereka pernah menjelajah bersama ke benua australia, maka senang dapat prof. Muncul satu lagi prof kangkung.