Tanjong Malim, 28 Sept.- Tawaran Kumpulan Media UPSikini untuk mengambil sukarelawan baru bagi mengisi kekosongan dalam kerja-kerja kewartawanan mendapat sambutan baik di kalangan warga UPSI terutamanya di kalangan mahasiswa apabila lebih 40 permohonan diterima setakat ini.
Pengumuman itu dibuat Ketua Pengarang UPSIkini dalam satu mesyuarat khas berkenaan sekatan yang dibuat terhadap UPSIkini daripada diakses.
Menurutnya, permohonan yang diterima adalah sangat memberangsangkan dan di luar jangkaan kerana jumlah yang diterima itu menunjukkan ramai yang berminat untuk sertai UPSIkini dan tahap kesedaran warga UPSI untuk mendapatkan maklumat adalah semakin meningkat.
Mengulas berkenaan sekatan pihak UPSI untuk mengakses UPSIkini, katanya, meskipun UPSI membuat sekatan kepada UPSIkini namun jumlah ‘hit’ yang diterima tidak begitu banyak perubahan dan ini menunjukkan UPSIkini masih diakses oleh pembaca melalui jaringan lain.
“Kita sudah ada pengalaman disekat, dan ini kuasa yang ada pada mereka, namun UPSIkini akan terus beroperasi seperti biasa dan saya yakin pihak yang membuat sekatan juga sentiasa mengikuti perkembangan yang disiarkan UPSIkini”, ulasnya.
1 comment:
tahniah....asuh wartawan bercakap benar.... demi masa depan UPSI dari jatuh di bawah pentadbiran kukubesi yang banyak akal....
Post a Comment