September 20, 2011

Lebih 3000 undi graduan pendidikan bakal memihak PR

Tanjong Malim, 20 Sept. – Tinjauan UPSIkini dalam isu penempatan graduan pendidikan di universiti ini dan beberapa universiti lain mendapati 85 % daripada mereka yang disoal selidik tidak menolak akan membuat keputusan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang sekiranya masalah penempatan mereka masih tergantung.

Isu penempatan yang masih menjadi tanda tanya di kalangan graduan pendidikan seluruh IPTA dikatakan menjadi punca utama kepada kecenderungan mereka memilih PR apabila melihat pihak kementerian yang bertanggungjawab tidak dapat menyelesaikan isu ini meskipun sudah beberapa kali keluhan mereka disiarkan di akhbar tempatan.

Menurut salah seorang graduan yang dihubungi, keputusan pihak kementerian dalam memberi tawaran kepada 13000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) merupakan salah satu punca mengapa graduan pendidikan yang melanjutkan pengajian selama 4 tahun dalam bidang ini dipinggirkan daripada diserap ke jawatan tersebut.

“Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran seharusnya membuka ruang dan peluang juga kepada kami sebagai graduan dalam bidang pendidikan dan bukannya mengambil GSTT secara pukal tanpa memikirkan implikasi terhadap graduan seperti kami”.

Tambahnya lagi, “ Laungan pihak kerajaan untuk membuat transformasi dan memberi ruang kepada anak muda menabur bakti kepada negara nampaknya seakan-akan omongan kosong apabila luahan kami yang hampir kesemuanya anak muda tidak diendah oleh pihak kerajaan dan sebagai pengundi yang berdaftar kami mungkin bersuara melalui undi dalam pilihanraya akan datang”.

Untuk rekod, UPSI merupakan universiti yang mengeluarkan graduan pendidikan paling ramai sejak ditubuhkan.

14 comments:

Anonymous said...

adakah ini satu ugutan.. tp saya suka statement ni... i will do it.. kalau borang still x kuar2 lg...

Anonymous said...

betol!! sampai skang borang tak kuar2 lg..

Anonymous said...

skali sokong menyesal xsudah

Bukan PR said...

Antara 3,000 dengan 13,000? Kalau aku, baik aku fokus pada yang 13,000 tu. Kalau PR menang 3,000 pun, aku tetap menang lagi banyak.
:p

Anonymous said...

I don't care. I just dowanna vote government forever...

aqir isketambola said...

kalau sokong pr pn xtntu diberi jaminan posting...nonsense

aper pown xblh said...

jgn lah kerana tak dpt posting salahkan gov plak..sy pown blom gak dpt posting..mmg lah skt hati bila pikirkan si bbdk gstt tu..tp nak buat mcmana bukan kerajaan yang bg rezeki tp Allah kan..so mintalah bnyk2 dekat Allah hope ada peluang dan ruang untuk kerajaan amik kt semua sbg guru dlm masa tdekat nie..hai bakal guru pown mudah dihasut jgk kan..insyaAllah kalo guru bukan kerjaya kita, ada rezeki lain yg dijamin oleh Allah...usaha dan tawakal adalah kunci untuk org2 yg beriman...(peringatan untuk diri sdiri n kawan2 yg lain)

Anonymous said...

bukan pr

yg tak dapat posting mungkin 3000 tp yg sedang blaja dan akan menunggu posting lebey dari 3000..bukan setakat upsi jerr... U lain pun siswa siswi pendidikan sedang menunggu.... ingt...yg belaja pendidikan ni pun da boleh memangkah da.... jgn ingat nak cover yg 13000... yg sedang belaja ni ditinggalkan terkontang kanting..... mereka lihat setiap tindakan yg kementerian buat....

kalau nak ambil gsst apa guna yg masuk pendidikan ni blaja teori2 tu semua.... mcm mana nak lakukan pembaharuan seperti yg diharapkan sbb xdiberi peluang.... nnti alih2 salahkan guru.... dan akhirnya guru yg blaja pendidikan slama 4tahun ni juga la yg kena....

mie said...

siapa calon yg kita nak pangkah masa pilihanraya umum nanti terletak pada hati dan tangan bukan pada semata2 pada kajian....

Anonymous said...

mybe belajar teori semua orang dah boleh baca dalam buku kot.. pengalaman maner leh cari senang2. teori semua orang leh belajar kot aku rasa. setahun pun boleh abis kan buku yang dibaca oleh pelajar 4tahun. pendapat pribadi

Anonymous said...

adakah teori yg blaja dalam buku tu same ngan ape yg akan dipraktikkan nnti?? saye akui.kalau baca teori mmg sebulan pun boleh..tp bolehkan diamalkan?? sbb mereka hanya membaca dan kadang2 ada yg xmemahami pun teori... skrang ni kebanyakannya nak kerja.. buat ape ade ijazah kalau stakat menganggur... dan jadi gstt ni yg paling senang untuk dapat dulu... dan yg amik ismp ni pula bila kuar kene cari kerja bukan pendidikan... skrang nak salah mereka yg gsst pun x...salahkan ismp pun x... salahkan pihak yg beri arahan suruh ambil gstt....

Anonymous said...

kerajaan kene kaji semula perkara ini..kesian la ngan dak2 ismp ni..dorang belajar 4 thun..pstu pinjam ptptn lagi..lau keje slain bidang guru ade ke keje yng nk dak2 ismp ni???dorang dah belajar untuk jadi guru so kene la jadi guru..hati mereka mmg nak jadi guru dah...lau keje tmpat lain comfm dorang xleh keje ngan baik sbb dah dilatih untuk jadi guru....lgipun rasanya dak2 ismp ni knowledge lgi advance kot dari dak2 gstt..yelah ismp kan belajar ngn pensyarah doktor dan profesor...sudah tntulah ilmu yang dorng ade tu amat berguna untuk pelajar2 kt skolah tu..dibanding dengan pljar gstt dorng just ade XPERIANCE je...dorang ajar skolah tu apa yang ade dalam bku teks..lau camtu pakcik yang mnum kedai kopi leh ngajar jugak kot.....so kementerian kene pk dari sudut ni....adakah kementerian xnak bayar gaji plajar ismp yg mencecah 2000 lbih tu mnyebabkan dorng mbik pljar gstt yg murah je gajinye?....

Anonymous said...

korang masuk UPSI ada sign perjanjian dapat posting ke..baca surat tawaran kemasukan ke UPSI..tiada jaminan untuk berkhidmat sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan..sabar untuk terus menunggu..aku pun tunggu bertahun gak untuk posting..

En. Njang Budiman said...

dok sokong BN btpa lg..teruk dah Msia d bwh pemerintahan rejim Umno..bg golongan ulama & cerdik pandai la pulak perintah Msia..bosan dh aku dgn kroni2 BN tu..eh, seyallah!!