September 29, 2011

“Kami ada maklumat” – mahasiswa

Tanjong Malim, 29 Sept. – Kes tangkap khalwat yang melibatkan seorang pensyarah di sini yang menjadi perhatian ramai kini mendapat respon pelbagai daripada kalangan mahasiswa.

Sumber yang menyampaikan laporan tersebut kepada UPSIkini mendakwa maklumat berkaitan kes dan pensyarah tersebut akan didedahkan apabila tiba masanya.

Tambahnya, sesiapa yang mengenali beliau terutamanya mahasiswa begitu faham sifat hipokritnya dan sering menggunakan pengetahuan agama untuk melindungi perbuatan beliau selama ini. Sumber turut mendakwa pensyarah terbabit begitu aktif di dalam pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Dalam pada itu, sumber turut menyeru kepada warga UPSI tidak lagi memberi gelaran ustaz kepadanya walaupun pernah belajar di institusi pendidikan aliran agama.

13 comments:

Anonymous said...

mcm aku kal je..

Anonymous said...

masih lagi nak teruskan niat membuka aib orang... biar pihak berkuasa mengambil tindakan, kalau dah tahu jadikan ambil iktibar dan jadikan pengajaran bagi diri dan nasihat menasihati tanpa buka aib orang...

Anonymous said...

menjengkelkan...sedar dan bertaubat la...

girlnextdoor said...

agak2 spe eh??nak tawuu peliss~

Anonymous said...

cukup2 la cita aib SAUDARA ISLAM kita..nnti payah nak jawab soklan dalam kubor, ma ikhwanuka?? siapa saudara kamu??..Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Anonymous said...

Ya Allah....sudah-sudahla bercerita buruk mengenai hal orang...even benda ni betul pun tidak baik dihebahkan dengan cara sehingga begini sekali...agak-agakla...kalau betul pensyarah tersebut benar-benar membuat kesalahan ini...biarlah pihak universiti yang uruskan...yang ini tak...anda yang bising lebih2 kenapa???seronok mendedahkan keburukan orang lain...inagtlah...mungkin anda menang di sini...tapi Allah s.w.t tahu segalanya...Wallahualam...

Anonymous said...

mmg la kenal, orng paling ensem n bergaya sekali kt campus tu hehehehehehehehe udah2 la ingat balik hidup susah dlu... skng dh dpt "barang baru" seronok la... nti lme2 dh bekedut berulat jgk dlm tanah... sronok dunia ni kejap je...

Anonymous said...

klu btl la org yg aku syak ni mmg memalukan la..dh la poyo lambung UMNO...dulu siap ckp klu student khalwat dia nk tampal muka besar2 kat kolej..skg pe kata tunaikn pe yg dia nk..tampal muka dia plak...

Cikgu Fasiha said...

Erm.. Teringat pula kes Dato' Seri Anuar Ibrahim, dituduh khalwat dan sampai sekarang kes tak setel-setel. Tapi, dia steady je memperjuangkan hak rakyat walau diserang bertubi-tubi dengan fitnah dari media. Sepatutnya bila tak buat salah, buat rilek je. Kadang-kadang sesetengah orang suka bercakap, dan bila bercakap mulut memang takde lesen. Siapa yang kenal pensyarah ni tahu die macam mana. Saya harap sangat, kalau dia tak salah, dia boleh keluarkan kenyataan. Kalau benar, semua mulut boleh tutup. Tapi, kalau berterusan macam ni, susah jugak.

Anonymous said...

Cikgu Fisha

Masalahnya saya perhatikan sampai skrg UPSIkini tidak nyatakan siapa pensyarah tersebut, teringin juga nak taw hehehe... dengar citer dia ni popular gak tapi takut salah orang

MaMa MoDeN said...

SALAM UPSIKINI..
DAH LAMA TAK BTANDANG KESINI
APAPUN YG TERJADI HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI.. INI MBUKTIKAN STATUS USTAZ YANG DISANDANG PELAKU JUG TIDAK AKAN LEPAS DARI MELAKUKAN KESILAPAN... SIAPAPUN DIA, YG PASTI DIA HANYA MANUSIA BIASA, BUKAN MAKSUM PASTI TAKKAN TERLEPAS DARI SALAH SILAP.. HATI2LAH PADA PARA PENDIDIK, BAKAL2 PENDIDIK UPSI, KALIAN YG AKAN MENDIDIK ANAK BANGSA MJADI INSAN....

Anonymous said...

Dah kena makan sumpah seranah sendiri lah tu...yg herannya kenapa UPSI masih simpan pensyarah bermasalah seperti ini utk melatih bakal2 guru...patutlah banyak kes salah laku di kalangan student melibatkan seks, dah pensyarah tukang ajarnya ada....

Anonymous said...

Muka org ni memang muka tembok tak tau malu....Dia memang suka cakap besar ... katanye semua org besar-besar dia kenal. Yang aku hairan org-org besar di atas ni mangkuk kot--cakap mamat separuh masak ni pun boleh dengar. Lagi aku hairan yang di atas tu belajar sampai oversea pun boleh kena jual.