September 27, 2011

Analisis : Prof Dr Zakaria Kasa, NC tanpa kabel ? (Siri 2)

Dalam perbincangan kedai kopi dengan beberapa kenalan, khabarnya nama Prof Dr Zakaria Kasa ini tidak diletakkan dalam senarai pendek sebagai calon Naib Canselor UPSI. Di pihak kementerian, UPSI disenaraikan sebagai IPTA yang harus diberi perhatian kerana mahasiswanya sejak akhir-akhir ini agak lantang melawan arus. Pilihan Raya kampus UPSI juga sudah menjadi bahan berita Utusan Melayu. Portal berita alternatifnya (UPSIkini) juga menunjukkan keberanian warganya mendedahkan isu yang berlaku di UPSI.

Sekiranya dibiarkan, mungkin UPSI ini akan melahirkan Ibrahim Yaakob alaf baru. Mungkin juga Mat Indera dengan imej baru. Atau mungkin Shamsiah Fakeh versi baru. Dan yang lebih menakutkan kalau-kalau lahir Dr Burhanuddin Al-Helmi, seorang intelektual yang sejarahnya sering diputar belit.

Di pihak sana pula,tidak nampak akan lahir seorang yang seperti Ibrahim Ali di UPSI ini. Nasionalis Melayu paling Melayu di alam Melayu abad ini. Atau setidak-tidaknya Bong Mokhtar. Lantang bersuara tapi tewas dengan belaian wanita. Tak ada. Yang ramainya nak jadi Saiful Bukhari. Bergambar dengan Menteri di sana sini. Kemudian menampalnya di laman sosial facebook, mengisytiharkan diri pemimpin mahasiswa yang memperjuangkan UPSI, kononnya!!

Itulah antara pertimbangan yang perlu diambil perhatian. Namun masih belum terjawab apakah atau siapakah yang telah memberi “green light” kepada Prof Dr. Zakaria Kasa untuk jawatan Naib Canselor? Apakah sudah dibuat penilaian yang tepat dengan meletakkan Prof Dr Zakaria Kasa (selepas ini disebut Prof Zack) akan dapat memulihkan imej UPSI?

Dalam pemerhatian penulis, Kementerian sudah meletakkan tanggungjawab itu ke atas Datuk Paduka Dr Junaidi (selepas ini disebut DDJ). Beliau dibawa kembali ke Malaysia dari Indonesia selepas dikatakan berjaya mengaktifkan Kelab UMNO Indonesia. Pengalaman beliau itu ditagih untuk mengUMNOnisasikan UPSI melalui Hal Ehwal Politik & Ampu (HEP&A) UPSI.

Ada juga cakap-cakap mengatakan DDJ ini memang besar kabelnya. Menteri-menteri itu ibarat rakan-rakan sekaraokenya sahaja. Berbeza dengan Prof Mohd Mustamam, TNC Penyelidikan & Inovasi UPSI yang sebelum ini. Juga punya kabel tapi semuanya bersaiz nano. Mungkin agak futuristik menggunakan kabel bersaiz nano tapi pasaran dan tahap kemajuan di Malaysia ini belum sampai lagi kepada teknologi tersebut. Sebab itu kadang-kadang tak berapa berkesan menggunakan kabel bersaiz nano ini. Mungkin bertahan 4 hingga 5 tahun sahaja.

Kembali kepada kisahnya pelantikan Prof Zack sebagai NC ini. Prof Zack rasanya agak terkejut juga apabila beliau dinamakan sebagai pemangku NC selepas tamatnya kontrak Prof Dr Aminah Ayob. Prof Dr Aminah juga terkejut yang kontrak beliau tidak disambung. PERMATA yang digilap selama ini tidak bercahaya pula pada tahun 2011 ini. Orang rumah Pak One itu macam sudah tidak memandang Prof Dr Aminah. Mungkin Prof Dr Aminah tak sertai rombongan ke Kazakhstan beberapa bulan lalu adalah puncanya. Mungkin juga atas nasihat Menteri Besar Perak, Dr Zambry yang melihat Prof Dr Aminah ini tak memberi manfaat kepada politik Perak.

Ada juga yang mengatakan antara sebab beliau tidak disambung adalah kerana kelam-kabutnya beliau dalam menguruskan orang-orang kanannya. Ramai tahu krisis beliau dengan Prof Dr. Mustamam, TNC P&I sebelum ini. Ramai juga tahu sikap dingin beliau dengan TNC HEP&A sebelum ini, Prof Dr Shaharudin Abd Aziz. Dan yang paling jelas, terdapat kumpulan-kumpulan tertentu di kalangan ahli akademik UPSI yang tidak bersetuju sejak awal perlantikannya dan sering tidak sehaluan dengan tindak-tanduk Prof Dr. Aminah ini. Maka setelah kesemuanya ditimbang, kementerian ambil keputusan, tamatkan kontrak beliau. Percayakah anda, DDJ juga berperanan dalam percaturan ini?? Nantikan siri seterusnya..

Penulis merupakan salah seorang warga UPSI yang cenderung menganalisis campur tangan politik dalam pentadbiran UPSI.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi UPSIkini

7 comments:

Anonymous said...

bagus bagus satu analisis yang mantap dan nampak berfakta dan keterlibatahn yang jelas, dan tak kurang jugak menampilkan tokoh tokoh suara yang hebat dalam artikel ni... kalau dapat di masukkan dalam HARAKAh lagi bagus,,, tak pun dalam Berita harian or Utusan ( kalau berani ler).... namapaknya kiat sudah ada tokoh pemikir yang boleh di banggakan dalam meneliti lanskap politik UPSI dan KPM....teruskan....

Anonymous said...

KALAU BOLEH .......MINTA, WARTAWAN UPSIKINI SELIDIK PERLANTIKAN ORANG KANAN JUNAIDI, KELAYAKKANNYA DAN PERLANTIKANNYA.... MACAM ADER YANG TAK KENA APABILA ORANG KEBAJIKAN JADI ORANG PERIBADI TNC,.....

Anonymous said...

Macam baca buku Teori Konspirasi pulak.. tak sabar rasanya nak menunggu siri yg seterusnya.

Anonymous said...

berhati2 dengan setiap statment.. boleh jadi ianya hanya sangkaan2 yang akhirnya mengundag fitnah

Ahmad Putra said...

u know a lot lah..sometimes i think u re not a student, but staff itself. Anyway, good analysis

Anonymous said...

HaHaHaHa, saya suka komen tentang kabel bersaiz NANO!

Anonymous said...

Ada juga cakap-cakap mengatakan DDJ ini memang besar kabelnya. Menteri-menteri itu ibarat rakan-rakan sekaraokenya sahaja. Berbeza dengan Prof Mohd Mustamam, TNC Penyelidikan & Inovasi UPSI yang sebelum ini. Juga punya kabel tapi semuanya bersaiz nano.


Memangpun mantan TNCP&I ini takde kabel. terpaksa apply sana sini nak jadi TNC tapi hampa. dengar khabar dia minta dan rayu nak jadi pengarah pusat penyelidikan tapi tak berjaya. dengar juga dia bersekongkol dgn pengarah penerbit untuk menulis surat kpd Prof. Zack untuk menuduh TNCP&I memplagiat kerja dia. tak tahu apa kesudahan. mungkin upsikini boleh siasat.