Kenaikan harga barang terbabit telah menimbulkan pelbagai rungutan dari kalangan mahasiswa pendidikan disini. Mereka menyifatkan bahawa alasan yang digunakan untuk pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan adalah tidak wajar dibebankan kepada rakyat termasuk mahasiswa.
Menurut Mazlan yang melahirkan rasa kecewa menyatakan bahawa "kalau gula naik ok lagi tapi kalau harga minyak naik tambah pula Ron 95, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak ini diguna oleh rakyat ramai dan menjana pembangunan negara, sah semua barang lain akan naik".
Dalam pada itu, Tamim pula menyifatkan bahawa kenaikan tersebut tidak wajar bagi mahasiswa , sudah lah biasiswa bagi mahasiswa pendidikan sudah dimansuhkan, ini pula barang naik, pinjaman PTPTN tetap sama, kos sara hidup makin meningkat."
Selain
itu, menurut Herwana Herman yang juga merupakan Exco MPPUPSI turut menyatakan bahawa tindakan kenaikan harga barang tersebut boleh membuat mahasiswa sesak nafas , mesti makanan di kedai semakin meningkat harganya dan sudah kemungkinan duit pinjaman PTPTN tidak cukup terutamanya mahasiswa Sabah dan Sarawak yang perlu kos pengangkutan yang lebih tinggi".Tambahnya, " kita selaku mahasiswa yang turut tergolong dalam 'civil society' (masyarakat sivil) mempunyai hak untuk menyatakan pandangan berhubung perkara ini kerana ianya berkaitan hak ramai, ujarnya.






