October 19, 2010

Istiadat Konvokesyen: Penghargaan buat Semua

Tanjong Malim, 19 okt- Pro Kebajikan hari ini merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak sempena Istiadat konvokesyen ke 12 sidang kedua yang berjalan dengan lancar dan sangat baik.

Menurut wakil Pro Kebajikan yan ditemui berkata, tanpa peranan dan kerjasama semua pihak, istiadat konvokesyen tersebut tidak dapat berlangsung dengan sempurna.

“Saya mewakili Pro Kebajikan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada bahagian akademik khususnya dan semua bahagian amnya atas pengorbanan yang dicurahkan untuk menjayakan konvokesyen kali ini. Semoga mereka yang terlibat mendapat ganjaran daripada Allah.

Wakil Pro kebajikan tersebut juga berkata, anugerah anumerta yang dianugerahkan kepada arwah Norazmi juga membuktikan kesungguhan dan keprihatinan pihak universiti kepada kebajikan mahasiswa dan mahasiswi.

“Anugerah anumerta yang dianugerahkan kepada sahabat kita, arwah Norazmi membuktikan bahawa unit kebajikan Hal Ehwal Pelajar dan unit pengijazahan begitu prihatin mengenai kebajikan mahasiswa. Terima kasih kepada HEP dan unit pengijazahan. Semoga dengan anugerah itu, dapat mengubati perasaan keluarga arwah,” katanya.

“Saya juga ingin menambah, buku konvokesyen yang diberikan ketika istiadat juga amat menarik. Dengan gabungan warna hijau dan kekuningan, menaikkan lagi semangat para graduan. Lagipun, saya memang minat warna-warna hijau ni. Terima kasih kepada ‘designer’ buku konvo kali ini,” tambahnya sambil berseloroh.

Untuk makluman, istiadat konvokesyen ke 12 sidang kedua berlangsung dengan jayanya mulai 13-17 Oktober dan dihadiri oleh Canselor UPSI, Sultanah Perak Darul Ridzuan, Tunku Bainun.

7 comments:

Asrari said...

Setuju~ tema istiadat kali ini menarik dengan kombinasi warna yang terang & menarik. Terima kasih buat warga UPSI yang bertungkus-lumus menjayakan istiadat konvokesyen kali ini. Moga Allah merahmati kalian semua, ameen~

milady said...

mmg terbaik dari segi segala pengurusan..tahniah utk smua warga kerja konvo..masa yg padat dgn pengisian tidak memerlukan keluarga menunggu terlalu lama semasa sesi penganugerahan..esp kepada family yg membawa kanak-kanak..hopefully dikekalkan prestasi sebegni di masa akan dtg..syabas utk smua..bagi pihak saya sekeluarga amat berpuas hati dengan pihak pengurusan..

Salam takziah utk keluarga arwah Noorazmi..

Anonymous said...

ye2...memg best...hehe

Anonymous said...

Mr. Teller..

cube la bagi info mengenai posting student upsi yg da lulus insak ogos lepas...keputusan insak da tau dekat sebulan yg lepas..minta bg info admin..

sebabnya banyak betul maklumat yg tak betul...minta tolong admin beri sedikit info pun da cukup...

upsikini pemberi informasi anda...

Anonymous said...

Syukur kerana istiadat konvokesyen berjalan lancar tapi ingin komen sedikit mengenai gerai konvo. Sepanjang 4 tahun belajar di sana, saya sering perhatikan gerai konvo di UPSI. Hanya satu perbezaan UPSI dengan gerai konvo universiti lain, iaitu tiada gerai cenderamata dari UPSI sendiri. Sedih juga kerana tidak dapat membawa pulang ole-ole yang melambangkan UPSI. Kenapa jadi begitu? Jika di UUM contohnya, terdapat ruang khas yang menyediakan pelbagai cenderemata yang melambangkan UUM dari yang kecil hinggalah yang besar. Begitu juga dengan universiti lain...Jualan di gerai2 konvo seperti pasar malam tanjung malim yang dipenuhi pakaian, jam tangan, baju bundle....tidak melambangkan jati diri UPSI langsung. Bagi pihak yang bertanggungjawab, sila ambil perhatian serius terhadap perkara ini...sekian, semoga maju jaya. Terima kasih.

iela said...

betul komen yg terdahulu...
hanya ada baju yg of course ler harganya mahal, nak beli souvenior utk kwn2 cam key chain or sticker keta tak der lgsg..
so, rasa2 msti laku klu ada, next time kontrakkan ler satu company untuk cenderahati...
yg lain2 semuanya okey...

Anonymous said...

bagus cadangan yg diberikan, konvo-konvo lepas ni wajib jual benda2 cmtu..