October 23, 2010

Inspirasi IFF, pelajar Upsi anjur Muslim World Fashion Show

Tanjong Malim, 23 Oktober – Sekumpulan mahasiswa daripada program Pendidikan Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan Muslim World Fashion Festival bertempat di Auditorium Upsi.

Program tersebut akan diadakan pada 30 Oktober , jam 8 pagi dan semua mahasiswa dijemput hadir bagi memeriahkannya. Dikatakan program tersebut merupakan salah satu daripada aktiviti pelajar Kemahiran Hidup yang termasuk dalam salah satu subjek yang dipelajari.

Dalam pada itu, wujud suara kritis daripada beberapa mahasiswa agar pengisian program tersebut menepati tuntutan aurat yang ditetapkan oleh agama supaya ianya tidak menjadi kontroversi seperti isu Islamic Fashion Festival (IFF) yang bercanggah dengan nilai agama sebagaimana mendapat bantahan daripada NGO dan pelajar Islam seluruh Negara.

3 comments:

yus said...

subjek kawe ni wei..

Penerbit Ibnu Al-Manhar said...

Moga penganjurannya menepati kehendak Syarak.

Anonymous said...

Salam...
sy kecewa dgn prgm yg dikatakn IWFS bercanggah dgn IFF, lelaki dan perempuan berpasangan sambil memaut lengan lelaki.
Pakaian yg d peragakan olh wanita tdk memenuhi syriat sbliknya d pertontonkan d hdpn lelaki ajnabi.
Inikah yg dikatakan Fashion islam masa kini?