Tanjong Malim, 22 Oktober – Penempatan bakal guru yang dijangka akan disenaraikan pada 21 Oktober ini belum lagi dikeluarkan oleh pihak KPM. Menurut sumber sebelum ini, Unit Perkhidmatan Guru (UPG) dijangka akan mengeluarkan keputusan penempatan bagi calon yang layak pada 21 Oktober dalam portal KPM, sementara 26 Oktober tarikh melaporkan diri di Jabatan Pelajaran Negeri penempatan masing-masing.
Menurut Mohd Amin Mat Sidik, Exco Akademik dan Kerjaya MPPUPSI, beliau telah mengajukan hal terbabit kepada Timbalan Naib Canselor Akademik UPSI, Prof. Zakaria Kasa .Walau bagaimana pun, TNCA telah menyatakan bahawa setakat ini pihak KPM tidak memaklumkan kepada universiti berhubung bila tarikh penempatan bagi lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dikeluarkan berbanding Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang telah ditempatkan baru-baru ini.
Dalam kenyataan beliau, TNCA mengatakan bahawa isu berhubung pertembungan penempatan DPLI dan ISMP telah dibawa ke perbincangan bersama KPM dan mungkin akan diatasi dalam RMK 10 nanti. Sekarang kita masih menggunakan dasar yang sama.
Menurut Mohd Amin, beliau akan mendapatkan respon terkini dari TNCA sendiri dan akan memaklumkannya dari semasa ke semasa kepada semua graduan Upsi yang baru berkonvokesyen baru-baru ini. Katanya, "kita diperingkat Mahasiswa Pendidik juga sedang cuba membawa suara penyelesaian terhadap isu ini dengan menyatakan pendirian kita kepada pihak atasan agar diselesaikan dengan baik"
Terdahulu, UPSIkini juga menerima pelbagai respon dari pembaca-pembaca yang mendakwa keputusan penempatan akan dikeluarkan pada 21 Oktober, namun mereka kecewa kerana ianya masih belum dikeluarkan oleh KPM. Mereka dikatakan menunggu pengumuman keputusan penempatan masing-masing.
18 comments:
bersabarlah wahai sahabat2ku.... bilakah sampai waktu~~~fuhhh~~~
sekiranya KPM dah maklumkan pada pihak universiti, maklumkan juga pada kami semua yea..di blog ni =)syukran jazila
Semoga kami semua dipermudahkan posting..Saya yakin dan percaya upsi dan pihak KPM akan memberi yg terbaik kpd kami!!!
inilah nasib yang diterima oleh alumni ibu kandung suluh budiman pada masa kini...mungkin untuk 2 atau 3 tahun akan datang...upsi semakin hilang taringnya dalam bidang pendidikan...
tahun depan la alamtnya posting.. isu posting sekarg jadi topik hangat..bukan dikalangan graduan, tapi di klgn ibu bapa dan pakcik mak cik yg sudah mula takut utk menghantar anak mereka utk melnjutkan peljaran ke upsi.. terima kasih upsi dgn info tersebut.. harap2 isu graduan upsi tak posting atau lambat posting sudah tidak wujud lagi
penatla cmni............tolongla jgn sia2kan usaha kami...da mcm merempat kat negara sndri lak.....de ijzh pendidikan spe nk amek kje..........T_T
utamakan ismp upsi. kpm pilih kasih ant. budak kpli n dpli d maktab... utamakan anak suluh budiman utk menjd sbg pendidik... baru la..plih bdk kpli...
tutup la upsi sila gulung tikar...xpayah kuarkan graduan menambah beban hutang je...U xpenahnye rugi...eiiiii sktnye ati!!!!!!!!!!!
saya minta update berita2 berkenaan posting thnks
hahahaha... kelakar betul... nasib ler.. nak buat camner..
berdoalah banyak2.. semoga kte semua dipermudahkan posting.. sesungguhnye penantian e2 suatu penyeksaan..
Bersabar adik2...insyaallah akan dipostingkan jugak..banyakkan berdoa :-)
apa yg berlaku ader hikmahnye..sabe je la kawan2...mungkin ada baiknya kita posting lewat sikit..sape tahukan..hanya Allah saja yg tahu apa yg terbaik utk kite sume
pelajar dpli dah posting..pelajar tajaan kpt pon dh posting...dgr kata GSTT pon nak pakai ramai tahun depan..habis..kami ni graduan ismp ni nk jadi ape?? 4 tahun belajar..nampaknye dpli yg belajar 6 bulan lagi hebat.. ada ke jalan penyelasaian kalau mcm ni tiap2 tahun?
BOSAN.................sabar.....xlarat nk sabar da la.......apsalla xpilihan raya bkn taon ni ek...klu x konfem kpm xbrni nk wat prangai...
"pelajar dpli dah posting..pelajar tajaan kpt pon dh posting...dgr kata GSTT pon nak pakai ramai tahun depan..habis..kami ni graduan ismp ni nk jadi ape?? 4 tahun belajar..nampaknye dpli yg belajar 6 bulan lagi hebat.. ada ke jalan penyelasaian kalau mcm ni tiap2 tahun?" <-- baikkk punya kenyataan.
Aku dah check kat KPM, menurut mrk posting takde untuk tahun ini. Dlm keadaan sekarang kekosongan yang ada untuk mengantikan guru-guru yg pencen atau pencen awal sahaja. GSTT adalah jawatan sementara utk mengantikan guru-guru yg bercuti disebabkan bersalin atau cuti belajar. Sembang2 kat kantin dgr juga citer KPM reserved tempat untuk ISMP mrk yg akan grad tahun 2012 nanti... hehehe makin tipislah harapan nak posting. Bila bukak jer citer pasal UPSI, mrk cakap takde pun termaktub dlm dasar bahawa lulusan UPSI diberikan keutamaan untuk posting. Hanya yang lulus temuduga sahaja dan walaupun lulus temuduga terpaksa menunggu jika ada kekosongan. Nak ditambah lagi dugaannya surat yg dikeluarkan ada tarikh luput bermakna selepas dari tarikh tersebut jika tidak dipanggil posting kena mohon interview sekali lagi.. hahahaha bertambah sengsara la... tunggu jer la posting tu nak cari kerja lain Ijazah Sarjana Pendidikan UPSI tak laku kat open market.
Aku dah check kat KPM, menurut mrk posting takde untuk tahun ini. Dlm keadaan sekarang kekosongan yang ada untuk mengantikan guru-guru yg pencen atau pencen awal sahaja. GSTT adalah jawatan sementara utk mengantikan guru-guru yg bercuti disebabkan bersalin atau cuti belajar. Sembang2 kat kantin dgr juga citer KPM reserved tempat untuk ISMP mrk yg akan grad tahun 2012 nanti... hehehe makin tipislah harapan nak posting. Bila bukak jer citer pasal UPSI, mrk cakap takde pun termaktub dlm dasar bahawa lulusan UPSI diberikan keutamaan untuk posting. Hanya yang lulus temuduga sahaja dan walaupun lulus temuduga terpaksa menunggu jika ada kekosongan. Nak ditambah lagi dugaannya surat yg dikeluarkan ada tarikh luput bermakna selepas dari tarikh tersebut jika tidak dipanggil posting kena mohon interview sekali lagi.. hahahaha bertambah sengsara la... tunggu jer la posting tu nak cari kerja lain Ijazah Sarjana Pendidikan UPSI tak laku kat open market.
graduan baru posting: saudara/ri yg bg tau kat atas ni "Sembang2 kat kantin dgr juga citer xder posting kn".utk adik junior..plis..jgn percaya rumours2 yg ada..sembg2 or ckp2 kedai kopi psl posting ni.. kpm dah tentukan posting masing2 insyallah..semua bergantung pada rezeki.lmbt or cepat, jauh or dekat semua Allah dah tentukan..jgn bimbg ye adik2.
assalammualaikum...
sy nak tanye...pasal isu ni...
graduan upsi or graduan ismp ipta2 posting cuma dpt GST je ke or posting tetap??? sy tanye soalan ni sbb sy dpt tahu dr brita2 terkini yg mereka trpksa mengisi e-gst...nape camtu...graduan ismp ipta cuma layak posting GST je ke??...please answer me...
~khaieyz~
Post a Comment