January 18, 2011

Zahar, tampil perjelas isu PTPTN

Tanjong Malim, 18 Januari –Mohd Zahar Mohamed Nor, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPPUPSI yang juga merangkap Koordinator MP (Mahasiswa Pendidik) telah tampil memberi penjelasan berhubung isu PTPTN. Beliau telah menghubungi Upsikini lewat tengah malam tadi menerusi email.

Katanya “pada petang semalam saya telah berbincang dengan beberapa pihak termasuk dari Unit Kebajikan dan Kewangan JHEPA untuk mendapatkan beberapa penjelasan tentang kelewatan wang dikreditkan ke akaun pelajar. Saya dimaklumkan bahawa sepatutnya pihak akademik perlu menghantar keputusan ‘exam’ pada 20 Disember lalu kepada pihak PTPTN dan wang akan dikreditkan ke akaun pada 31 Disember lagi”

Namun katanya , disebabkan oleh kelewatan ‘submit’ keputusan tersebut maka tempoh pinjaman akan dikreditkan turut dilanjutkan. Pihak akademik telah menghantar keputusan peperiksaan pada tempoh sebelum 31 Disember dan sepatutnya pinjaman akan masuk pada sekitar 7 ke 10 Januari lalu , disebabkan pihak PTPTN sedang mengemaskini penyata kewangan awal tahun , maka tempoh penyelarasan kewangan dan kerja urus tadbir telah dipanjangkan”, ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Zahar turut menjelaskan bahawa beliau telah bertemu dengan beberapa pihak termasuk dari Pusat Islam , Bahagian Akademik dan Unit Kebajikan JHEPA bagi mencari ruang penyelesaian berhubung isu tersebut.

Setakat ini , hasil perbincangan semalam, kita telah mendapat persetujuan daripada Pusat Islam bahawa dalam minggu ini akan dibuka permohonan bantuan segera (zakat) disamping bantuan dari Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar JHEPA yang bernilai RM 20,000.

Ujarnya, “saya mengharapkan agar teman-teman mahasiswa yang benar-benar tenat kewangannya boleh merujuk kepada pihak berkenaan atau berhubung terus dengan kami di barisan MP, kami bersedia membantu”

6 comments:

Anonymous said...

usim blh je dpt awal....

Anonymous said...

la....wahai mpp sy bkn nk tahu pasai leh dpt zakat ka apa ka..yg kami nk tau bila duit ptptn nk masuk bpa ari bln...suka ckp bdalih ckp ja bila nk masuk..

Anonymous said...

Laa...masalah pengurusan rupenye...ish ish ish

Anonymous said...

NAPE SAMA JER ALSAN NGAN U AKU..LMBT MSUK SBB LEC LMBT BG RESULT....
KE DUIT X DAK??

Anonymous said...

mahasiswa bagaikan peminta sedekah...mari ramai2 mntk pnjam zakat...jom mntak sedekah...1 malaysia...rakyt didahulukan...truskan mnjadi bodoh...

Anonymous said...

ish2x.....
org bekerja naik turun utk setelkan mslh org ni yg korg maki...apela....dah bg penjelasan salah...xbg penjelasan salah...ni ke mahasiswa.....adakah kita sudah sampai tahap untuk meminta sedekah.pandang diri anda,selami jiwa anda...jgn asyik memberontak....insyaALLAH rezeki tuhan sentiasa bertebaran di muka bumi ini...jadilah mahasiswa yang berfikiran terbuka....jgn nak mempertikai je keje org...korang rs leh pikul tggjwb korang masuk bertanding..kita tgk anda mampu xlaksanakan tugas 2....ALLAH tidak pernah nak menyusahkan kita...dugaan sentiasa ada.kesabaran menilai diri seseorang disisi ALLAH...moga kita sentiasa mendapat rahmat ALLAH