January 17, 2011

MB Perak lawat Upsi

Tanjong Malim, 17 Januari - Y.A.B Dato' Seri Dr. Zambry b. Abd. Kadir, Menteri Besar Perak yang 'kedua' dijadualkan akan mengadakan kunjungan rasmi ke Universiti Pendidikan Sultan Idris pada jam 3 petang ini bertempat di Bangunan Canselori dan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR).

Beliau dijadualkan akan bertemu mahasiswa Upsi dalam satu majlis penutupan Karnival Insaniah Bestari (KARIB'11) anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid.

Dalam pada itu, lawatan tersebut merupakan lawatan kali pertama beliau ke Upsi sepanjang tempoh 2010-2011 dimana pada tahun lalu beliau telah membatalkan pertemuan bersama 'Mahasiswa Anak Melayu Perak' atas sebab-sebab tertentu.

Dalam hal berkaitan, KARIB'11 sepatutnya dijadualkan tamat semalam, namun telah dilanjutkan sehingga petang ini disebabkan kunjungan MB Perak.

4 comments:

Anonymous said...

JMK KHAR mampu buat MB Perak turun ke UPSI.. UPSIKINI atau MPP belum mampu lagi... hahaha.. cakap je lebih.. hapah pun takdok.. Hidup JMK

tiganaga said...

kakakakaka anon oh anon. hebat mana MB perak tu??? besar mana dia??? siap azan kena perlahankan masa dia dtg.

Anonymous said...

Bukan JMK jemput pun..
die yang nak datang..

Anonymous said...

MB haram...memalukan Upsi...