January 15, 2011

PTPTN lewat mahasiswa pohon penjelasan

Tanjong Malim 15 Januari - Rata-rata mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyatakan kekecewaan dan memohon penjelasan dari pihak universiti berhubung kelewatan wang pinjaman PTPTN dikreditkan ke akaun pelajar pada kali ini.

Walau pun keputusan peperiksaan telah pun dikeluarkan pada 25 Disember lalu, namun setelah lebih dua minggu, wang pinjaman tersebut masih belum dikreditkan ke akaun pelajar.

Hal ini menyebabkan ramai pelajar menyatakan rungutan kerana tidak mempunyai wang untuk belanja keperluan penting seperti buku, deposit rumah sewa, yuran dan lain-lain.

Menurut Mat Naim, "kami sebenarnya memerlukan wang untuk membayar deposit rumah sewa dan segal hal yang berkaitan dengan penempatan rumah sewa nanti. Sebelum ini ada juga kedengaran, PTPTN masuk 19/1, 20/1, 28/1 dan macam-macam lagi."

Manakala menurut Ahmad Fathul, "kelewatan wang pinjaman masuk menyebabkan ramai pelajar terdesak, tambahan pula bagi orang yang susah, aku pun tak fahama kenapa lewat dan kita pun tak dimaklumkan.."

Dalam hal berkaitan, PTPTN pada semester lepas masuk lebih awal berbanding pada kali ini, namun menurut sumber, wang tersebut akan dimasukkan selewat-lewatnya 31 Januari ini.
,

7 comments:

Anonymous said...

bdk upsi wt je report kt kmenterian ni bkn salah phk ptptn tp duit ni ntah la sapa yg rolling sndri utk kpentingan phk upsi sndri mcm tjdi kt unimas bila report ja kt kementerian dh xbrani bg lwt duit ptptn dh..tya HEP mcm tya kayu ja...
HANYA ELOK PANDANG..

muhammadradhi35 said...

pelik ngan pengurusan upsi ni..universiti lain dapat result lambat dari kita,tapi ptptn mereka 2 hari selepas tu dah masuk dah..slow2..

Anonymous said...

sem lepas sem yang panjang=masuk awal duit abis awal sem lagi..

sem ni sem yang pendek la masuk awal...bukan sem lepas.. aduhai..

Anonymous said...

saya sokong tu...!!!

Anonymous said...

if tnye pihak ptptn pun derng jwb dh release pd upsi tggl lg upsi je nk kua kan..tiap sem lmbt..HEP wat keje xtelus...anta paperwork kat HEP boleh hilang...nth pape...plzla la eh...

Anonymous said...

btol la..upsi ni trlalu lembap..makan duit stdnt plak tu..da la lambat..duit aku short rm100 sem lps.. kwn2 aku ade yg short smpa rm300..adoii..cmne la upsi ni ley jd cm ni..xtauliah lgsg..

Anonymous said...

nape la jd cm ni ek..x pernah berubah lg..xda azam baru..dunia kat cni xkan berubah kalu mcm ni sll..