January 25, 2011

Tak jujur: Pimpinan Bitara manipulasi surat KPT kepada NC

Tanjong Malim, 25 Januari - Pimpinan Bitara hari ini telah menunjukkan 'kepimpinan tak jujur' mereka apabila dikatakan telah mengambil kesempatan atas usaha mahasiswa menerusi 'referendum' PTPTN. Mereka dikatakan telah mengubah suai surat yang dihantar oleh KPT kepada Dato' Naib Canselor.


Surat yang dihantar kepada Dato' NC tersebut telah diubah kepada nama Mohd Razik b. Khalid (YDP MPP Pimpinan Bitara), tarikh serta ditukar beberapa ayat yang kelihatan jelas di'edit' menggunakan 'paint' atau 'photoshop' dengan tulisan berubah kepada kuning.

Dalam pada itu, mahasiswa disini menyatakan bahawa Pimpinan Bitara telah melakukan 'pengkhianatan' terhadap kepimpinan Dato' NC dan Upsi dimana surat tersebut sebenarnya dihantar setelah Dato' NC memaklumkan (selepas 'referendum' dihantar jam 12.oo tengahari) masalah PTPTN kepada KPT dan bukan Razik.

Selain itu, beberapa mahasiswa memberi komen di Facebook menyatakan bahawa Pimpinan Bitara perlu memohon maaf kepada Dato' NC ,Upsi dan seluruh mahasiswa Upsi diatas penipuan dan tindakan mengambil kesempatan diatas usaha mahasiswa (tandatangan referendum) tersebut.

Dalam hal berkaitan, surat tersebut sepatutnya hanya sampai kepada pegawai yang berkaitan dan tidak sepatutnya sampai kepada mahasiswa. Wujud dakwaan bahawa ada pihak tertentu dalam pentadbiran yang turut terlibat dalam penipuan tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

Dalam kesibukan kita menghantar referendum memohon dipercepatkan pemberian pinjaman PTPTN terfikir juga, mungkin ini yang akan berlaku kepada anak2 kita suatu hari nanti apabila bergantung kepada pembiayaan untuk meneruskan pengajian.
Walaupun tak semua ibubapa kita mampu menyimpan untuk pendidikan anak2, mudah-mudah ini menjadi satu pengajaran supaya kita berfikir untuk menabung untuk masa depan anak2 kita nanti. Dan yang pastinya lepas dapat ijazah nanti kita akan memulakan kehidupan dengan berhutang (pinjaman PTPTN). Sekadar berkongsi.