January 16, 2011

Tak ada bajet punca Kursus Kepimpinan Mahasiswa hanya di Bitarasiswa

Tanjong Malim, 16 Januari - Kursus Kepimpinan Mahasiswa yang menjadi pra syarat kelayakan bagi mereka yang ingin bertanding dalam PRK (pilihan raya kampus) pada kali ini hanya diadakan di Bangunan Bitarasiswa kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hal ini dikatakan berlaku ekoran ketiadaan bajet yang mencukupi dari pihak JHEPA untuk menampung perbelanjaan program sekiranya diadakan di kem-kem latihan luar kampus seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, wujud dakwaan bahawa bajet kewangan hal ehwal pelajar pada tahun ini telah mengalami kurangan berikutan disalurkan untuk menampung kos pembinaan bangunan baru, renovasi bangunan lama dan juga berpunca dari masalah defisit bajet kewangan pendidikan negara.

Dalam hal berkaitan, kursus tersebut kemungkinan hanya diadakan sekali sahaja berbanding tiga kali sebelum ini. Namun, pihak JHEPA sehingga hari ini masih tidak menyatakan dengan jelas dan menyembunyikan maklumat berhubung kursus-kursus yang perlu disertai mahasiswa.

2 comments:

Anonymous said...

pada saya sgt ok dibuat di dalam.. mengelakkan pembaziran.. isi kusus yg penting.. tempat tu dah jadi secondary

Anonymous said...

hmmm..tk jugak..bkn ke ade peruntukan utk kegiatan pelajar..kalo tak dibuat benda2 sebegini jadi duit tu pegi ke mane??