January 25, 2011

'Referendum' berjaya: PTPTN akan dikreditkan 28 Januari

Tanjong Malim, 25 Januari - 'Referendum' yang mengandungi 4000 tandatangan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris telah berjaya dihantar oleh wakil mahasiswa dan menerima respon yang baik dari Dato' NC.

Hasil daripada 'referendum' tersebut, Mohd Zahar Mohamed Nor merangkap jurucakap Jawatankuasa Memohon percepat PTPTN yang juga Koodinator MP (Mahasiswa Pendidik) telah memaklumkan kepada Upsikini bahawa Dato' NC telah menghubunginya petang tadi menyatakan KPT telah menghantar surat balas berhubung isu berkenaan.

" Beliau (Dato' NC) memaklumkan bahawa, pihak KPT telah menghantar surat faks kepada universiti bahawa pinjaman PTPTN akan dikreditkan ke akaun pada 28 Januari ini."

Dalam hal berkaitan, rata-rata mahasiswa menyatakan ucapan terima kasih diatas usaha tersebut.


4 comments:

pali said...

kenapa wang PTPTN tidak di debitkn terus ke akaun pelajar??dan biarkan student sndri yang urus sal pembayaran yuran pengajian,kolej..spertimna di UKM??apa masalah sebenarnya??knp tidak di beritahu, d bentangkan kpd pelajar masalah sebenar yang d hadapi?? adakah benar mengenai pengurusan lembab bg pihak UPSI yg sering di perkatakan??

Anonymous said...

tipu dah..jumpa x sampai 3 minit pun..rata2 ..kalo korang x buat pun PTPTN tetap masuk 28 hb jugak

Mr. Teller said...

Mengikut laporan diterima Upsikini 'referendum' dihantar sekitar jam 12-1.00 p.m dan makluman daripada KPT pada jam sekitar 4-5 p.m.

Anonymous said...

pali- ramai yang gagal menjelaskan yuran kolej dan pengajian walaupun telah mempunyai penajaan.. sikap lupa diri dan boros berbelanja menyebabkan upsi menanggung hutang. apa yg dilakukan skrg adalah satu cara untuk mengelakkan perkara berikut..

saya rasa pelajar sendiri perlu tampil buat cadangan melalui wakil pelajar.. kalau takat letak kat sini ni.. takde yg baca pun.. sebab pada sesetangh ahli pengurusan beranggapan suara2 yg diletakkan disini sekadar suara2 bising yang tak perlu dihiraukan..

apa pun.. pelajar sendiri perlu bijak dalam menyuarakan pendapat mereka tanpa perlu menghentam org lain.. pikir2 la yer.. saya cuma memberikan pendapat.. jika kita rasa mampu menguruskan kewangan sebaiknya.. saya rasa cadangan saudara tu boleh diterima pakai..