January 16, 2011

PTPTN lewat , manifestasi kepimpinan lemah Razik

Tanjong Malim, 16 Januari - Berhubung kelewatan pinjaman PTPTN dikreditkan ke akaun pelajar, wujud dakwaan bahawa ianya berpunca daripada kelemahan kepimpinan mahasiswa (MPP) Pimpinan Bitara yang diketuai oleh YDP MPP Mohd Razik Khalid.

Kelesuan idealisme untuk memperjuangkan nasib mahasiswa menjadi punca mengapa kepimpinan beliau (Razik) dilihat tidak cakna dan kurang berperanan untuk menyelesaikan masalah mahasiswa yang bersifat 'ad-hoc' seperti PTPTN.

Dalam pada itu, wujud kemungkinan bahawa kepimpinan 'tangkap muat' MPP pada sesi lalu menjadi masalah berterusan mematikan perjuangan kebajikan mahasiswa. Mungkin kelompok ini didokong oleh golongan tertentu dibelakangnya yang mempunyai kepentingan tertentu lalu memandang masalah mahasiswa sebagai masalah biasa-biasa.

Oleh itu, pemilihan kepimpinan mahasiswa menjadi penentu penting kepada perjuangan kebajikan mahasiswa. Kepimpinan yang lemah menyebabkan hak mahasiswa mungkin terabai.


2 comments:

Anonymous said...

tu la..sgt lambat..dkt sebuln tunggu,cmni nk mkn ape..saimen cmne, sume urusan trgendala.. tlg la en Razik yg bijaksana, setelkn mslh ni secept mungkin..anda wakil pelajar yg mnjadi pndukung dan pelindung mahasiswa upsi

Anonymous said...

dia sudah habis belajar la.. hahahaha