January 28, 2011

Kursus Kepimpinan Mahasiswa ke-2, peserta di 'BTN' kan di Ulu Kenas

Tanjong Malim, 29 Januari -Kursus Kepimpinan Mahasiswa kali ke-2 yang menjadi pra syarat kelayakan bagi mereka yang ingin bertanding dalam PRK (Pilihan Raya Kampus) akan datang diadakan di BTN Ulu Kenas Kuala Kangsar Perak bermula petang semalam.

Kursus tersebut dikatakan disertai lebih 100 mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan layak untuk bertanding dalam PRK akan datang. Mereka rata-rata terdiri daripada mahasiswa yang telah melepasi pra syarat pertama iaitu menyertai kursus siri 1 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Upsikini masih belum menerima sebarang laporan berhubungan isu ketelusan penyertaan pada kursus kali ini sebagaimana yang berlaku pada tahun yang lepas dimana wujud mahasiswa yang tidak melepasi kursus siri 1 ikut serta dalam kursus siri ke -2.

Walau bagaimanapun, beberapa kumpulan mahasiswa disini dikatakan telah memberi amaran kepada pihak pentadbiran JHEPA, sekiranya wujud lagi kes lompat kursus (mereka yang tidak ke kursus 1 layak ke kursus 2) seperti tahun lalu, mereka tidak teragak-agak untuk menyatakan bantahan.

Dalam hal berkaitan, beberapa peserta semalam telah menghantar mesej di Facebook Upsikini menyatakan agar kursus BTN itu tidak digunakan sebagai medan untuk mendoktrin mahasiswa dengan unsur-unsur berat sebelah seperti perkauman, berunsur politik kepartian luar dan seumpamanya.

4 comments:

Anonymous said...

ada peserta kem y baru nampak muka dalam kem ke2..kem 1 x pegi..tolong upsikini cek n bongkarkan..payah la hep ni..teruk

lagi satu ada sorang peserta kem kate die ganti orang..mcm mana 2?boleh ganti2 pulak..ada gak yang dgr cerita dapat pengecualian kem..mcm kuliah pulak..

ish2...mcm2

ni la bakal mpp upsi..terok

Anonymous said...

salam...

hari ni geng aspirasi d port dickson..wat kem satu lagi..bwh hep pulak 2..hep keluar duit pelajar utk aspirasi yg totok umno..

insaf la hep oi

Anonymous said...

yup..pimpinan bitara wat kursus kt port dicson..tp x berkaitan dengan hepa pun..dioranx link ngan pihak lain utk dpt kn dana..better koranx siasat tul2..salah wat spekulasi leh menimbulkan fitnah..x pasal2 dpt dosa jer nanti

Anonymous said...

bangan hep