January 4, 2011

Bas kitaran: 'tahun baru yang menghampakan'

Tanjong Malim, 3 Jan - Minggu pertama kuliah bagi tahun baru 2011 menyaksikan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris masih lagi di hantui oleh masalah bas kitaran yang masih belum selesai.

Beberapa mahasiswa menyatakan rungutan mereka terhadap perkhidmatan bas kitaran yang lambat dan tidak cukup terutamanya pada 'waktu puncak'. Hal tersebut telah diluahkan oleh mahasiwa menerusi email aduan yang diterima oleh Upsikini awal pagi tadi .

Mereka meminta pihak berkaitan termasuk MPP agar 'turun padang' melihat sendiri perjalan bas kitaran yang teruk agar tidak berlaku sebarang masalah yang akan kesan kepada perjalanan kuliah.

15 comments:

Anonymous said...

duit ptptn masuk bila?

Anonymous said...

apa ini

Anonymous said...

upsi ni x abes2 isu bas.. bli la knderaan sendiri.. x pun, bli basikal.. apsl..? malu naek basikal..? ingt tinggi sngt ke status sbg guru pelatih shinggekn malu utk menaiki basikal.. kat mktb xde pe pun.. ok je naek basikal..

Anonymous said...

aku naik bas hari-hari.ok je.korg tgk time ramai org mmg la nampak ramai..sebab suka sgt keluar lambat.mmg la penuh tempat tunggu bas..keluar la awal.sejam sebelum masa kuliah..ingatlah bas tu bas awam, bkn harta korg yg korg boleh kawal suka hati..salahkan diri sendiri.jgn dok salahkan org

Anonymous said...

haloooo ptptn bila mau msk

Anonymous said...

ptptn bila ni...nk prtkum dh ni

Anonymous said...

Salam tuan, saya pelajar semester 6 sendiri sudah mengikuti rentak bas dalam minggu pertama ini, bas dari KUO ke PC pada 'waktu Puncak' iaitu awal pagi dan pukul 2 ptg sangat diperlukan. Saya perhatikan bas untuk ke PC masih kurang dan tidak boleh menampung jumlah pelajar yang ingin menuju ke PC. Saya rasa pada waktu puncak lebih sesuai sekurang-kurangnya 4 biji bas beroperasi daripada KUO ke PC. Menunggu seawal jam 7.20am pun saya masih tidak berjaya sampai ke PC sebelum pukul 8.00am. Harap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah ini.

P/s: Selain itu, pelajar kena sedar dan cuba menyelesaikan masalah kelewatan sampai ke kelas dengan sampai ke stesen bas sejam sebelum kelas. Hadapi segala ujian dengan senyuman dan ketabahan.

Anonymous said...

ptptn ble kua yea?

Anonymous said...

kepada saudara/saudari yg study di maktab.datanglah dulu ke upsi barulah anda boleh memikirkan relevan atau tidak anda naik basikal ke kuliah...bukan mala atau apa...
kalau dr kolej za'ba atau aminuddin baki.. mungkin dalam 5 6 kilometer nak ke kampus... buat pengetahuan saudara kolej kami tidak berada di kampus induk. rasanya tidak seperti maktab anda.
kalau naik basikal... keselamatan tidak terjamin. apa lagi dr Kolej KHAR n Kuo.. sangat tidak relevan. Jalan rayanya agak sibuk. dah terdapatnya lori2 besar yang lalu lalang? sanggup memperjudikan nyawa sendiri.
jauh dan panas? kalau dah panas selesa ke kuliah?
kami di sini tidak lah seperti yang anda fikirkan terlalu tinggi status sampai tak nak naik basikal...
anda perlu kesini dulu.baru anda tahu bsikal tue kami perlu naik ke tidak...

Anonymous said...

hari tue saya tunggu bus nak ke pc dr kz kol 730 pg sebab da kelas kol 8.. tapi sampai kat foyer..bris bus ke pc sangat panjang.. rupanya satu bus pon belum muncul..

sampai 830 bru bus pertama muncuL... nak salahkan siapa nie. ni bukan bus kitaran ini bus upsi....

knapa kita perlu tunggu 1 jam lebih awal? masa itu emas bro... kenapa plu buang masa selama itu? bus mmg harta awam? tapi siapa yang membayarnya? bukan kami?
upsi seharusnya berusahalah cam mane nak minumumkan masa student nak tunggu bus? jgn asyik dok soh student je turun awal2... kalau dah beratus yg turun satu masa.. bus boleh bawak ke semuanya? mesti ada yang bakal terlewat sebab tak cukup.. so cepatkanlah pembinaan kampus baru tue...

Anonymous said...

ntah.. bdk maktab yg xtau ape2 psl situasi kitorg kt cni dok diam2. jgn nk nyebok.

Anonymous said...

bdk2 maktab yg xtau apa2 n phm situasi kitorg kt cni dok diam2. mnyebok je!!!

Anonymous said...

Harap 2-2 MPP (Aspirasi dan Mahasiswa) jgnla bertelagah...sama2 ganding bahu selesaikan masalah ni..jgn "syok sendiri" nak salahkan org..Lagi 1, sbg suara student tolong usahakan supaya duit PTPTN kami masuk cepat...Kalau Bendahari nak 'rolling' duit kami, HARAM namenye.Doa orang2 yang dizalimi biasanya makbul..Dahla hak kami diabaikan dan yg x prnh naik bas pun kene bayar..Dasar Kapitalis..

Anonymous said...

yang tak naik bus pon kene bayar? betul2...ramai yang teraniaya..

budak praktikum pun kene bayar..yuran kesihatan n yuran bus... tak gune pon perkhidmatan tue... aduhai..

Anonymous said...

yang tak naik bus pon kene bayar? betul2...ramai yang teraniaya..

budak praktikum pun kene bayar..yuran kesihatan n yuran bus... tak gune pon perkhidmatan tue... aduhai..