August 11, 2010

TNCA adakan dialog bincang isu dan cabaran mahasiswa Upsi

Makluman kepada seluruh mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, satu dialog khas bersama Timbalan Naib Canselor Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris , Profesor Dr. Zakaria Kasa akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 12 Ogos
Masa: 9.00 pagi
Tempat : Auditorium
Tajuk: Mahasiswa UPSI -Isu dan Cabaran


Menurut Exco Akademik dan Kerjaya MPPUPSI , Mohd Amin Mat Sidik, pertemuan khas tersebut diadakan bagi membuka ruang kepada semua mahasiswa untuk mendengar penjelasan dan melontarkan persoalan berhubung hal ehwal akademik semasa dan prospek masa depan mahasiswa UPSI langsung kepada Prof Dr. Zakaria Kasa.

Katanya, 'kami sebagai penghubung suara mahasiswa mengajak rakan-rakan untuk sama-sama turun mendengar pelbagai isu akademik dan pendidikan yang akan dikupas oleh Prof Dr Zakaria Kasa,bagi rakan-rakan yang berkelapangan bolehlah ambil peluang untuk mengajukan pelbagai persoalan yang berkaitan."

9 comments:

Aiman said...

Prof zakaria kasa dah meraban lah tuh..bajet nak jadi NC..wahai Mahasiswa UPSI..usah dilayan Prof Zakaria Kasa..Dia lah penghancur UPSI skrg ini..segala idea merombak Fakulti2 di UPSi, adalah kerja & idea dangkal beliau..Kalo berani, dedahkan komen aku ini..aku ada bukti..

Anonymous said...

sape punye keje ni..xde org mase dialog 2..memalukan je..sape y incharge ni.???!

Anonymous said...

Hahaha.. Cabaran Mahasiswa UPSI ialah pergi kuliah berpuluh-puluh kilometer setiap hari. Itulah kecerdikan yang ada pada pegawai-pegawai UPSI ini. Tidak lansung fikir akan keselamatan mahasiswa.. Aku sokong pendapat Aiman.. Prof Zakaria tu selebihnya nak sokongan Mahasiswa untuk jadi NC... nak tunjuk kat KPM/KPT yang dia prihatin dgn masalah Mahasiswa. Segala malapetaka ini dia yang punya angkara.

Anonymous said...

tolong letak jawatan la kalau xleh wat kerja..... sila kan keluar.

Anonymous said...

kita tengok apa akan terjadi selepas ini, "merealisasikan penjenamaan semula UPSI sebagai USI dibawah kepimpinan USI yang baru..." hahaha
hancurlah satu lagi warisan kegemilangan pendidikan orang melayu SITC...

aiman said...

itulah..kepada MPP UPSI..pi la jumper Khaled Nordin..desak dia tukar NC..Aminah tak leh pakai..hancur UPSI dibuatnya..Zakaria Kasa ni pulak..enjin dan season..reput..tunggu nak anta kedai potong jer..selmatkanlah UPSI wahai mahasiswa upsi..

Anonymous said...

hhaha.. diorg cuma nampak upsi ni sebagai tempat melepak sebelum tamatnya tempoh perkhidmatan..

aiman said...

sedih betul dgn org melayuni..penat2 penjajah bina UPSI utk bagi org Melayu Pendidikan..Tapiada 2-3 keratorg melayu bangang ni..nak melacurkan UPSI...adoi..aperlah nakjadi dgn ibu kandung suluh budiman ni...

Anonymous said...

Penjajah tak bina UPSI tapi SITC dan suatu ketika dulu graduan SITC ini amat dihormati. Kalau keluar dari SITC memang dah tentu bakal-bakal Guru Besar atau Pengetua atau Nazir Sekolah.
Sejak jadi UPSI ini semua hancur. Siapakah yang menghancurkannya? UPSI tidak segah SITC. SITC adalah Maktab Perguruan terulung di Malaysia suatu ketika dahulu. UPSI?? Top ten ranking Universiti terbaik di Malaysia pun takdak... pikiaq la sendiri.