Tanjong Malim, 23 Ogos - Berhubung penganjuran Speaker's Corner yang telah bermula pada semester lepas di Universiti Pendidikan Sultan Idris, wujud dakwaan dari mahasiswa yang mengatakan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) tidak serius dalam menganjurkan aktiviti tersebut.
Dakwaan tersebut dikatakan mula meniti dibibir mahasiswa apabila sepanjang tempoh pengajian berlangsung pada awal Julai lalu, belum pernah satu pun Speaker's Corner dianjurkan, selain tiada langsung 'banner' atau poster yang mewar-warkan aktiviti tersebut kepada mahasiswa. Terbaru, Speaker's Corner pertama akan diadakan pada hari Rabu ini setelah 2 bulan ditangguh :
Tarikh : 25 Ogos 2010
Tempat: Bitarasiswa , UPSI.
Dalam pada itu, hasil tinjaun Upsikini mendapati , rata-rata mahasiswa tidak mengetahui kewujudan Speraker's Corner di unversiti malahan tidak tahu apa itu Speaker's Corner.
Selain itu, Speakers Corner yang dikatakan sebagai wadah bagi mahasiswa melatih kemahiran berpidato dan mencorak bakat dan keyakinan seolah-olah hanya satu 'kosmetik' pihak yang menganjurkan aktiviti tersebut kerana tiada kesungguhan dalam perlaksanaan.
3 comments:
speaker corner,, tak payah la,, cikup la masa korang berkempen.. 10 org bg ucapan.. 10 org opening yg sama.. berdirinya aku di sini.. mmg la berdiri.. takkan duduk pulak
btol2... dah korang tau... korang la join takut ka apa? muahahah... takot la menifesto xtercapai lg... tabur janji jer... buat xda plak nampak...
hahaha.. diorg ni ambik resmi pemimpin skrg.. tunggu la nak habis tempoh nnt.. semua meriah tunjuk itu dan ini.. skrg ni sit back and relex je la kan.. apa susan..
yg bestnya.. ada yag beria-ia sgt kata taknak jadi mpp tu semakin meriah je.. almaklumla.. dah nampak benefitnya..
Post a Comment