August 1, 2010

Konvo berubah tarikh, Amin harap berjalan lancar

Tanjong Malim, 1 Ogos - Konvokeysen ke-12 bagi bakal graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang akan diadakan pada Oktober ini diubah kepada tarikh baru, iaitu dilanjutkan dari 12 hingga 17 Oktober ini.

Menurut Exco Akdemik MPPUPSI, Mohd Amin Mat Sidik , sedikit perubahan tarikh tersebut diharap tidak menyusahkan bakal graduan yang akan berkonvokesyen pada Oktober ini Katanya, "saya amat berharap agar konvokesyen pada kali ini akan berjalan dengan lancar dan memberi kenangan terindah buat semua abang-abang dan kakak-kakak yang bakal bergraduasi nanti, Perubahan tarikh tersebut diharapkan tidak memberi sebarang kesusahan kepada semua yang bakal bergraduasi kelak. "

Beliau juga turut menyatakan agar bakal graduan Upsi dapat mengemukakan cadangan kepada beliau berhubung Sekretariat konvokesyen pada kali ini . Cadangan boleh dikemukan kepada beliau untuk dibawa kepada pihak berkenaan agar penambahbaikan dapat dilakukan semasa konvo berlangsung" ujarnya.

Untuk makluman, konvokesyen pada Oktober ini bakal melibatkan lebih 2000 graduan pendidikan Upsi.

2 comments:

awangsulung said...

tahniah kepada semua yang tamat belajar dengan jayanya. perjuangan akan bermula dalam wadah yang lain pula. yang penting semangat untuk membantu anak bangsa terus menyala dalam diri semua...selamat berjuang kepada abang n kakak senior. jadi lah contoh terbaik kepada junior di upsi

Anonymous said...

mohon pihak MPP memaklumkan dan menghebahkan kepada bakal2 graduan lbh awal berhubung tarikh konvokesyen sebenar bg mengelakkan kekangan kemudian hari. (kekangan tempahan tiket kapal terbang dsb)