August 11, 2010

Kecewa ruang kafe Bitara ditutup

Tanjong Malim, 11 Ogos - Sejak beberapa hari lepas, Upsikni telah menerima aduan dari mahasiswa yang menyatakan kekecewaan berhubung penutupan ruang kafe di bangunan Bitarasiswa. Ruang kafe tersebut dikatakan belum pernah dibuka sejak dari awal Julai lalu.

Mereka menyatakan kekecewaan berhubung hal tersebut kerana ruang kafe terbabit selalu digunakan untuk membuat 'discussion assigment' disebabkan terdapat kemudahan kerusi , meja dan wireless.

Dalam pada itu, ahli persatuan yang ada di Upsi turut menyatakan kekecewaan mereka berhubung perkara tersebut kerana dikatakan sejak penutupan kafe bermula awal semester , tumpuan mahasiswa semakin berkurangan di Bitara dan ini menyebab mereka sukar untuk membuat hebahan dan membuka kaunter persatuan di sana.

Katanya 'semenjak kafe Bitara tutup, saya lihat mahasiswa semakin kurang datang ke sana, ini menyebabkan bangunan Bitara sepi dan payah untuk kami menghebahkan maklumat persatuan . Kalau buka kaunter persatuan pun hanya seorang dua yang datang berbanding sebelum ini".

Dalam hal berkaitan, penutupan ruang kafe tersebut dikatakan ada kaitan dengan tender,kontrak pengusaha kafe yang telah tamat tempoh dan masih belum disambung oleh pihak pengurusan.

2 comments:

Anonymous said...

Kena betulkan, sebenarnya bukan ruang kafe tapi ruang kantin bitara siswa.. bukan kafe pun tapi kantin. Macam mana nak panggil kafe, balik-balik jual nasi campur. Nak lepak pun tak best, lalat jgn citer la.. pastu makanan sejuk. Cubalah petandbiran UPSI ni buat perubahan sikit dari asyik-asyik buat jualan nasi campur. Kalau gi Universiti lain kafe mereka perghh best. Betul-betul macam kafe moden. Bersih dan memang best untuk melepak sambil buat assigment atau berjumpa kawan-kawan.. Minta sangatlah Mahasiswa Pendidik buat usul minta satu pembaharuan dibuat.

Anonymous said...

Sedara... cadangan tu memang molek. Kantin Bitara Siswa hendak dimodenkan. Tunggu sajalah. Tender mesti dapat pada orang yang sama. Makanan pun yang sama juga. Komplenlah berjuta-juta kali. Makanan sejuk,kotor dan pekerja-pekerja kantin yang tidak berbudi bahasa serta macam-macam lagi. Pegawai bukan ambik peduli pun. Jawapan yang akan kita dapat, pelajar tidak menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaiknya sedangkan macam mana kita nak jadikan Bitara Siswa tempat untuk berkumpul, lalat saja yang sesuai berkumpul kat situ, baunya jangan cakaplah.

MPP kita mana ada suara kalau berkaitan dengan HEP. Bising-bising kat luar boleh ler.. cakap banyak nanti tak boleh posting.

Maka simpan sajalah idea sedara tu. Kalau nak sangat cafe pergi saja EASY CAFE.. kalau dlm UPSI jangan mimpi ler..