August 24, 2010

Forum portal: 'Polis trafik' UPSI suka saman parking

Tanjong Malim, 24 Ogos - Forum di UPSI Portal sejak beberapa hari ini telah dihangatkan dengan rungutan mahasiswa berhubung saman parking yang dikatakan semakin banyak dikenakan kepada mahasiswa. Forum yang bertajuk 'polis trafik suka saman'tersebut dikomen lebih dari 30 mahasiswa yang mengadu kekecewaan berkenaan perkhidmatan parking motor pelajar Upsi yang diakatakan terhad untuk staff berbanding pelajar.

Dalam pada itu, menurut Shahril Izam yang mengadu disaman bekali-kali, katanya " saya pun sama, kena 2 saman parking dalam masa 2 hari, huhu...saya tak diberitahu pun tentang hal ini ketika memohon sticker dulu. Mungkin juga pegawai yang bertugas masa tu lupa nak bagi tau."

Tambahnya " Saya tak kisah juga dengan hal ini sebab dah memang salah saya, cuma apa yang saya kesalkan ialah apabila saya cuba mendapatkan penjelasan daripada pegawai yang bertugas masa tu dia cuma cakap "pegi bayar saman". Masa pegi bayar pula, kena lagi dengan pegawai kat sana,huhu..dia cakap "dah sem 7 tak kan tak tau lagi kut peraturan parking". Maca mana nak tau kalau tak pernah mendapat penjelasan. Mungkin juga salah saya sebab tak mengambil tahu hal ini."


Selain itu , Mohammad Farhan Abu Talib menyifatkan bahawa parking yang terdapat dikampus banyak untuk staff berbanding kepada mahasiswa , katanya " apa la..staff pun mcm budak-budak..banyakkan tempat parking pelajar bukan staff..UPSI tempat untuk mahasiswa bukan untuk staff..kena faham-faham..salam ramadhan."


Bagi Khairul Anuar pula, pihak Upsi perlu mengambil berat hal ini, ujarnya, "kepada pihak Upsi sila ambil berat hal ini, perbanyakkan lah tempat parking motosikal untuk student...kami ni bukannya pakai kereta...tak kaya pun...motor pun biasa-biasa ja...kami di sini bukan untuk menentang tapi memberi idea untuk kebaikan masa depan...kepada trafic Upsi dan pengawal-pengawal semua..gunakan helmet ketika membawa motosikal dlm kawasan upsi...itu displin yang anda kena juga sebelum menjaga disiplin student"

Dalam hal berkaitan, sebelum ini isu berhubung parking di Upsi dikatakan belum pernah selesai dan pernah dihangatkan sehingga mendapat respon dalam surat aduan Berita Harian.

9 comments:

Anonymous said...

Pak guard2...dari awal aku masuk upsi sampaila da habis upsi..isu pak guard ni tak pernah henti2..ada pak guard yg baik dan aku respect dengan dorg..tp ada jugak pak guard yang hampeh..emm..tu la nasibnya sebgai seorang pelajar...aku pn penah gak kena saman..cube tolerate dgn dorg..dapat la kurang saman tu dr 50 ke rm10..ok la tu..hahaha..tp upsi tetap meyimpan beribu kisah yang manis dan pahit untuk dikenang...ibu kandung suluh budiman...hehehe

Anonymous said...

pak guard tue x skolah tinggi, hbs blaja pun sampai skolah rendah or menengah je, jd diorg nie xleh nak pike sgt baik buruk, nak saman je kerja korg nie...xda budi bicara lgsg...upsi nie pun satu, wat parking byk2 utk staf watpe? cuba kira brapa ramai plajar upsi n staf2 upsi, pastu bandingkan..! sepatutnya yg mana satu yg perlu diutamakan...hai, dunia2...=)

~PERMATA ISLAM~ said...

setuju dengan kenyataan di atas-staff xramai pun,parking byk je kosong di line kuning,jangan mendiskriminasikan pelajar-pak guard de je yg bek2, tapi yang xrespeknye mcm tu lah, dia xbgi kita bawa motor keluar dari pintu utama, tp dorg menonong je,sama juga dgn pakai helmet-mcm2 laa

Anonymous said...

ayuh gerak gempur perjuangan keramat mahasiswa mendesar upsi buka lot parking lebih di setiap kawasan berhampiran..sbgai cntoh..lot paring DK digunakan kepada semua mahasiswa yang ada kelas di DK, E learning, yg ada urusan di fakulti bahasa,HEPA dan juga malim sarjana..lot parking di Bitara Siswa utk pelajar yg ada urusan Di BS, Malim Sarjana, Pusat Islam...tetapi...setiap bangunan yg dinyatakan td MESTI ADA LOT PARKING UTK STAF contohnya di E-Learning...PELAJAR DIHARAMKAN MELETAKKAN KENDERAAN DIBAWAH BANGUNAN INI....KALAU TAK..SAMAN...

"STAF DIUTAMAKAN, MAHASISWA DIPINGGIRKAN"

KAH3....KAH3.....
KAH3...

sang mencari kebenaran!!!! said...

SANG MENCARI KEBENARAN:
ayuh kita desak pihak berkenaan supaya berikan hak parking yg berhampiran disetiap kawasan...
klu tak...kita ramai2 pakat amek gambar kenderaan pak guard n postkan dlm blog...
"bagai ibu ketam mengajar jalan tegak"
kah3

Anonymous said...

ala.....sbnrnya mmg xde sape bgtau psl parking2 ni.......dulu kalo x kene saman parking kt tmpt staff.....mmg xtau student xle parking kat situ

Anonymous said...

mmg xder ker peraturan letak kenderaan ni ek?dlm buku peraturan xder ke?huhu.. sepatutnya, masa mohon stiker, org yg berkenaan kena bgtau jgk la dkt mahasiswa sbg peringatan supaya parking di tempat yang sepatutnya..dan mahasiswa pun kena bertanya peraturan parking ni.. give n take.. baru la aman upsi.. satu lagi pasal helmet.. saya cdgkan pakguard pakai la helmet semasa menaiki motosikal sbb nampak la skit, disiplin dititikberatkan..baik buruk..upsi tetap di hati..

Anonymous said...

poyo ko Farhan Talib!

yang ko duk tonggeng budak pompuan atas motor kehulu kehilir tu ada baik ke..!

ceh nak cakap pasai paking, diri sendiri tak terurus..

Anonymous said...

baru jadi student dah xpuas ati macam2..jd cikgu nanti lg la...