Tanjong Malim, 5 Ogos – Berhubung Konvensyen MPP IPTA yang akan diadakan pada hujung minggu ini, MPP Mahasiswa Pendidik ketika dihubungi Upsikini telah menyatakan pendirian untuk membawa beberapa usul penting termasuk usul supaya biasiswa KPM dikembalikan.
Biasiswa KPM , khususnya bagi mahasiswa yang mengambil bidang pendidikan di IPTA telah dibekukan bermula pada tahun 2009 dan status permohonan biasiswa tersebut masih belum diketahui hingga kini.
Menurut Koordinator MPP Mahasiswa Pendidik , Mohd Zahar Mohamed Nor, berhubung pembekuan biasiswa KPM tersebut , kita tidak mendapat sebarang hitam putih dari pihak kerajaan dan ianya dilihat suatu tindakan yang perlu dijelaskan kepada kita mahasiswa berhubung kenapa ianya dibekukan.
Katanya “ kami berpendirian bahawa biasiswa KPM kepada pelajar pendidikan sepatutnya diteruskan seperti sebelum ini. Biasiswa bukan sahaja bertujuan untuk membantu pelajar membiayai kos sara hidup , kos pelajaran bahkan erti pemberian baisiswa adalah lebih luas , ianya suatu bentuk latihan tenaga mansuia bagi membentuk kemahiran dan kreativiti bakal guru."
Beliau turut menyifatkan bahawa, biasiswa amat penting dalam memotivasi mahasiswa untuk meningkatkan prestasi, persaingan sihat dan menolong yang kurang berkemampuan agar berusaha. Tujuan pendidikan amat bermakna kepada pembangunan Negara, sepatutnya sebahagian besar dari pendapatan Negara wajar disalurkan dalam bentuk biasiswa. Ianya penting untuk melahirkan modal insan yang baik pada masa depan.
Dalam hal berkaitan, menurut Mohd Zahar beliau telah mengusulkan perkara ini kepada Razik (YDPMPP) agar dipanjangkan kepada pihak kerajaan. Namun, beliau juga dikatakan akan turut menyuarakan hal tersebut semasa konvensyen nanti.
7 comments:
itu maknanya jaminan utk posting dah takde.. so itu pun takleh pikir ker? Bila bg biasiswa.. kena bg keje.. sebeb utk return balik apa yg ada..
Setuju biasiswa KPM dikembalikan.
"Biasiswa Menjana Kecemerlangan Intelek"
satu usaha yg baik...biasiswa seharusnya digunakan dengan sebaiknya bukan untuk bermewah...pemberian biasiswa rm45++ sgt banyak untuk mahasiswa shinggakan ada dalam kalangan penerima biasiswa bermegah dan tidak mengetahui asal usul matlamat biasiswa diberikan....itu sahaja...BIASISWA UNTUK MEMBANTU BUKAN UNTUK BERMEGAH....
Tahniah MAHASISWA PENDIDIK
pada aku, konvensyen mpp ni sebenarnya retorik jak...mana usul2 seblum ni?semuany dibukukan...last day simbolik penyerahan kpd menteri...then, usul tu simpan jak dlm stor tanpa perbincangan/ tindakan lanjut...
kalo btl konvensyen ni adalah satu medium mpp membawa suara pelajar kpd kementerian...sepatutnya menteri puwn duk berkampung sekali membincang kn permasalahan...
kalo ad puwn cumadialog 2 jam bersma menteri utk soal jwb...tp menteri x pernah puwn menjawab persoalan mpp..diputar-putar nye soalan tu...sampai semua org pening...
persoalannya,apakah hasil dr konvensyen?
kpm n kpt x ngam..nk ke kpm bg biasiswa kt anak kpt?
kalo usul mppupsi jd kenyaaan..gua respect beb...
X der biasiswa kami tidak kisah...janji posting biar diberi jaminan.....
emm..sekaran ne kita belum pasti kan jadi cikgu..jadi bersiaplah semua tuk menghadapi semua kemungkinan. carilah pengalaman sebanyak-banyaknya sewaktu di upsi ne...jagan duk tumpu pd akedemik je..tak guna dapat pointer 4.00 tp pengalaman mengurus xde..sebab tu temuduga ramai ygt fail..
Post a Comment