July 12, 2010

Semester 8 : Transkrip akademik boleh ambil mulai hari ini

Tanjong Malim, 12 Julai - Menurut Mohd Amin Mat Sidik yang juga merupakan Exco Akademik & Kerjaya MPPUPSI, pelajar Semester 8 yang telah tamat pengajian pada sesi lepas boleh mengambil transkrip akademik bermula hari ini. Beliau yang memaklumkan perkara tersebut kepada Upsikini awal pagi tadi turut mengatakan ucapan penghargaan kepada pelajar Sem 8 yang berjaya.

Katanya, "terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar 'senior ' yang telah berjaya menamatkan praktikum masing-masing. Untuk pengetahuan semua, mulai hari ini bersamaan 12 hb Julai 2010 pelajar yang telah habis praktikum pada bulan Mei lepas boleh mendapatkan Transkrip Akademik masing-masing di Pejabat Hal Ehwal Akademik (Unit Pengijazahan).

Proses pengambil transkrip akademik ini boleh dilakukan bermula dari tarikh 12 Julai 2010 dan tiada tempoh tarikh tutup untuk pengambilan transkrip akademik anda.Menurut maklumat yang diperolehi melalui bahagian akademik, transkrip akademik ini boleh diambil sendiri oleh pelajar atau boleh juga mewakilkan kepada orang lain.

Jika tidak dapat dapat berbuat demikian, anda boleh mengambil transkrip tersebut semasa majlis istiadat konvokesyen pada bulan Oktober nanti." ulasnya di blog peribadi.

7 comments:

Asrari said...

Terima kasih atas maklumat terkini daripada UPSIKINI. Moga kalian diberkati Allah =)

Cik Balqis said...

terima kasih~~

Anonymous said...

salam...trima ksh ats info...nk tny, transkrip ni nk digunakan tak masa temuduga nanti?
Terima Kasih :D

Anonymous said...

yup..masa temuduga kena bawa transkrip ini.bw skali surat pengesahan tamat belajar dan result praktikal serta surat beranak yang asli dan salinan2 sijil yang patut.

Anonymous said...

salam....terima kasih atas info di atas...sy mahukan kepastian, betul ke tarikh utk ambil trnskrip dibuka selama 2 minggu je,iatu brmula 12 julai lalu?kemudian betul ke kalau kita xboleh ambil dalam waktu tersebut kena ambil masa konvo?
macam mana dengan pelajar yg duduk jauh dan tiada wakil utk mengambil transkrip tersebut?
harap pihak tertentu dapat memberikan respons dengan segera.
TERIMA KASIH

Anonymous said...

menurut maklumat yang dikeluarkan oleh bahagian akademik, pengambilan transkrip akademik boleh diambil mulai 12 julai dan tidak ada tempoh tamat sehinggalah konvokesyen nanti. Bagi yang tidak boleh ambil lg, anda boleh dapatkan transkrip tersebut ketika konvo nanti. harap penjelasan ini dapat membantu.

Anonymous said...

assalamualaikum,
terima kasih atas semua info yang diberikan oleh pihak upsi kini dan juga pembaca blog ini..
saya nak bertanyakan soalan sy ini kpd bekas2 pelajar upsi yg dah grad,selalunya selepas semakan status temuduga dibuat,berapa lama masa yang diambil untuk calon dipanggil temuduga?
TQ :)