July 8, 2010

'Datuk Pa' rasmi MSK

Tanjong Malim , 8 Julai - Minggu Suai Kenal (MSK) UPSI pada kali ini membawa Datuk Mustapa Mohamed, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan bagi merasmikan majlis penutup MSK ambilan baru Julai 2010. Beliau dijangka memberi ucapan dalam majlis bersama pemimpin terbabit malam ini.

Dalam pada itu, 'Datuk Pa' dikatakan antara pemimpin UMNO yang kuat 'menjaga' mahasiswa khsususnya anak Kelantan. Selain itu, wujud cakap-cakap yang mengatakan kehadiran beliau ada kaitan dengan cubaan untuk memancing mahasiswa agar memihak kepada pihak pemerintah sekarang dalam PRU akan datang.

Dalam hal berkaitan, baru-baru ini wujud cakap-cakap yang mengatakan beliau telah disisih oleh mahasiswa anak muda Kelantan dalam Fiesta Kelantan yang berlangsung di stadium Kota Bharu.

11 comments:

Anonymous said...

xabes2 bersangka buruk....

Anonymous said...

bukan bersangka buruk...tapi kalau xder kepentingan apa2 xkanlah dia sanggup nk datang jauh2 semata-mata nk bagi talk.maklumat yang diperolehi drp orang yang dgr ucapan tok pa semalam, kata ada sebut perkataan juara,kononnya juara rakyatlah.nk tunjuk dia hebat perjuangankan hak rakyat.sekadar pandangan.hehehe

Anonymous said...

Dgn Umno Smuanya boleh...
cuba try jemput pemimpin pas rasmikan...haha berani kerat jari le...compem x dapek...

Usah le guna nama parti tu msuk ke U,mane AUKU?hahaha...mahasiswa mahsiswi trus dibodohkn lg....

Anonymous said...

Bukan bersangka buruk..tp baca la tentang ape yg terjadi kat Fiesta Kelantan..lpas itu..bagi la rumusan sendiri tentang apa yg berlaku..

Anonymous said...

lantak dia la nak sangka aper pom...yang kiter ni duk pikir buruk orng yng wak sangka buruk ni pehal plak....

Raja Hasbullah said...

kesian dato' pa..
kadang2 saya pergi progrem die..
sy lihat cara die bercakap dan muka dia macam Orang Kurang Upaya..

hujah die dan perangai die lagi la kurang upaya lebih2 lagi dalam isu Kelantan Fiesta..

Anonymous said...

org umno rasmikan progrm upsi?cramah umno ke?gunakan akta auku sgera...haha..
Klu studnt gi cramah pembangkang bkn main lg depa cri smpai lubang cacing.ni lg dasat,smpai msuk u....haha...stdnt trus di bdohkn...xpe...nnt stdnt jwb,kmi stdnt x msuk cmpur hal politik...hahahaha....ini lah gru bitara...

Anonymous said...

stupid

Penerbit Ibnu Al-Manhar said...

Pustaka Al Manhar, merangkap gabungan beberapa alumni UPSI mengalu-alukan para reformis UPSI untuk menulis apa-apa karya berkenaan dunia reformis dan suara anda. Kami bukan nak karya anda free. Kami akan bayar. Kami cuma mahukan suara mahasiswa diketengahkan, dan dibukukan. Karya anda akan dilindungi. Kunjungi kami di pustakaalmanhar.com.

~Gunakan Pena dan Bijakkan Mereka~

Anonymous said...

jagalah penulisan kita, jangan kerana anda seorang yg menulis begitu, habis semua warga UPSI terlibat sama. anda datuk Pa seperti orang kurang upaya, maknanya dialah orang kurang upaya yang dah berjaya menjadi menteri,(maaf kerana membuat perbandingan sebegitu). lagilah membanggakan...kata-kata anda seolah-olah mengejek orang kurang upaya.

azuwin

Anonymous said...

Assalamualaikum... kenapa UPSIKINI macam blog politik... bosan ar... nak membela mahasiswa tue bagus... tapi jangan libatkan politik... hancur nanti kepimpinan pelajar...