July 8, 2010

PTPTN dijangka masuk 10 Julai

Tanjong Malim , 8 Julai - Wang PTPTN untuk mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dijangka dikreditkan ke akaun pelajar pada 10 Julai ini. Tarikh tersebut dikatakan awal lantaran keputusan peperiksaan Sem 1 10/11 dikeluarkan lebih awal berbanding sesi lepas.

Menurut Nik Azrul, Exco Kebajikan & Kemasyarakatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI yang telah menghubungi pihak berkenaan mengatakan “pada sem ini mahasiswa boleh menarik nafas lega kerana PTPTN dijangka akan masuk awal iaitu 10 Julai ini”.

Beliau turut mengatakan ucapan terima kasih atas usaha pihak yang berkenaan dalam menguruskan kewangan pelajar pada kali ini . Sebelum ini, wang PTPTN dimasukkan lewat ke akaun pelajar dan menimbulkan kesukaran kepada mahasiswa.

6 comments:

Anonymous said...

harap2 btol la amin......

LuNa BeLLa said...

alhamdulillah... akhirnyer kan~ antara tarikh kemasukan ptptn yang terawal... tahniah atas pengurusan yer!

^^mrs.deana^^ said...

alhamdulillah....kami yg praktikum kt KL ni dh kering t'amat sgt byr sewa rumah yg mahal gler!!!mna mau cekau duit lg....PTPN!!!!Thanx UPSI!!!>>Harap2 ni bkn kbr angin ye....>>>>

Anonymous said...

insyaAllah setakat ini,itulah tarikh bayaran PTPTN kepada palajar UPSI..jika ada sebarang perubahan kami barisan mpp akan menjadi perantaraan kpd anda semua untuk menyebarkan maklumat kpd seluruh warga UPSI...wallahua'lam

Anonymous said...

alhamdulillah, pinjaman PTPTN dah masuk.

Anonymous said...

ptptn dh masuk ka ni