July 16, 2010

Sekretariat Konvo, MPP dakwa ada ‘tangan belakang’ buat keputusan

Tanjong Malim, 16 Julai – Konvokesyen ke-12 yang bakal berlangsung pada Oktober ini menimbulkan rasa tak puas hati berhubung Sekretariat yang bakal dibentuk. Menurut e-mail yang diterima Upsikini dari seorang MPP yang tidak mendedahkan identitinya mengatakan keputusan dalam bentuk secretariat tak dibuat dalam ‘meeting’ MPP sebaliknya diputuskan oleh ‘tangan belakang’.

Katanya , “perlantikan pengarah dan beberapa portfolio atas sekretariat konvo pada kali ini tidak mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu menerusi ‘meeting MPP’. Sepatutnya perkara ini perlu dibincangkan dari semua peringkat MPP. Kalau tidak apa guna kami ada disana.”

Dalam pada itu, wujud dakwaan yang mengatakan ada pihak belakang yang ingin megambil kesempatan dari konvokeyen pada kali ini. Konvokesyen dikatakan banyak memberi keuntungan kewangan seperti ‘tender’, komisyen gerai dan sebagainya.

9 comments:

Anonymous said...

A'ah kn mpp nie teruk la buat keputusan tanpa mendapat persetujuan..pelik betol...tp siapa pengarahnya??? persoalan perlu dijawab.....

Anonymous said...

walau siapa pon yg dilantik untuk menjadi pengarah program, yg lain itu harus terima..bukan mengkritik dan mempertikaikan kredibiliti seseorang..MALAH, harus SAMA-SAMA membantu untuk menjayakan pesta konvo agar lebih baik dari yg sidang lepas..

Anonymous said...

terima kebenda... yg nampak lain macam kene tegur ler...

Anonymous said...

...berharap sangat agar istiadat konvokesyen oktober ini jauh lebih bermakna dan meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

محمد حذوان بن حميدان said...

semoga segala urusan dipermudahkn..amin (^_^)

Anonymous said...

lepas 2 siapa yg diletakkan kat post pengarah?? layakkah dia??? mcam statement pengarah MSK lepas, shaiha kalu kita pilih orang yg ada pengalaman ini dapat menghancurkan pgram..betul ker?? pengarah baru ea??

Anonymous said...

xkira la sape pengarahnye..janji majlis tu dapat berjalan ngan lancar..n patotnye MPP dah start rangka aktiviti..tanya pendapat pelajar ttg xtvt yang sesuai dan memenuhi kehendak ramai..kalau nak jemput artis,artis mana yang sesuai..nnt tak la jadi isu..

Anonymous said...

Adoi.. bercakap punya la best.. sana tak betul sini tak betul.. yg terasa dirinya sgt betul tu tak pulak cuba membetulkan keadaan... sudah2 la.. bawak2 la berpikir secara rasional..

Anonymous said...

gejala rasuah semakin berleluasa di dalam kerajaan...

contohnya pengarah ict unimap dengan terang-terang memberikan semua tender/sebutharga kepada syarikat pilihannya sahaja...

c*l*s*r*