July 28, 2010

Prof. Emeritus Isahak Haron : UPSR, PMR perlu dikekalkan

Tanjong Malim, 28 Julai - Prof. Emeritus Dato' Dr. Isahak b. Haron , pakar rujuk Majlis Perundingan Melayu (MPM), ahli Senat dan juga merupakan Professor di Faculty of Cognitive Science and Human Development Universiti Pendidikan Sultan Idris menyatakan pandangan beliau bahawa peperiksaan UPSR dan PMR perlu dikekalkan.

Beliau berkata bahawa, dua peperiksaan terbabit perlu dikekalkan namun pendekatan, fungsi serta tujuannya perlu dilakukan sedikit penambahbaikan. Pandangan itu dinyatakan beliau dalam pertemuan meja bulat yang diadakan bagi membincangkan keputusan UPSR dan PMR yang hangat diperkatakan.

Katanya "dua peperiksaan ini sekarang berorientasikan peperiksaan rujukan norma untuk pemilihan dan perlu diubah kepada peperiksaan untuk menaksir prestasi pelajar berasaskan kriteria dan standard iaitu menaksir sejauh mana pelajar menguasai pelajarannya dan capai tahap yang ditentukan".

Tambah beliau lagi, "jika UPSR dan PMR dimansuh, ia akan terlalu lewat untuk membuat penaksiran dan pemantauan taraf kualiti pendidikan di negara ini serta terlalu lewat untuk memberi peluang kepada pelajar membaiki pembelajarannya, " ujarnya.

Dalam pada itu, Prof Emeritus Isahak Haron merupakan antara mereka yang banyak melontarkan pandangan berhubung isu pendidikan termasuk hasil kajian dan fakta beliau mengenai keperluan memansuhkan PPSMI sebelum ini.

5 comments:

Ex-student UPSI said...

setuju sebab kita perlu tahu ditahap mana pencapaian pelajar sekolah melalui peperiksaan.

Anonymous said...

tolong jangan layan sangat apa yang dikatakan oleh isahak baharom sebab attitude dia tak menggambarkan dia ini berpendidikan dan hanyalah berpelajaran tinggi.


-Staff UPSI-

Anonymous said...

-Staff UPSI-..

Komen mcm hebat jer..
hahaha..

ntah2 pak guard UPSI yg dh pencen..

Anonymous said...

dri student prof..
saya sgt stuju dgn prof..hanya individu yg prnh berada dlm dunia pend. yg tahu apa yg terbaik tuk masa depn pelajar..

taylor upsi kot said...

sy stuju ngan pr0f...like...like