July 14, 2010

MPP Mahasiswa Pendidik gesa isu bas diselesaikan

Tanjong Malim, 13 Julai – MPP Mahasiswa Pendidik hari ini telah menyatakan komitmen untuk membawa isu pengangkutan bas kitaran ke pihak berkenaan khususnya Bahagian Pengangkutan (BP) UPSI agar diselesaikan segera.

Menurut Koordinator Mahasiswa Pendidik, Mohd Zahar (gambar kanan) yang juga merupakan Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah MPPUPSI, "Setelah 3 hari kuliah bermula, pergerakan bas ke tempat-tempat kuliah menjadi isu panas bagi para pelajar.

Pelbagai masalah dan respon yang diterima daripada pelajar yang menggunakan khidmat bas kitaran tersebut" ujar beliau yang turut memantau perjalanan bas sejak hari pertama kuliah.

Tambahnya "Setakat hari ini saya telah menerima begitu banyak aduan tentang masalah kekurangan bas bagi destinasi tertentu. Kita akan cuba membawa perkara ini kepada pihak yang sepatutnya supaya masalah ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

Kami dalam barisan Mahasiswa Pendidik juga telah melakukan mensyuarat tergempar pada petang tadi untuk mengambil maklumat dan mencari inisiatif terbaik bagi menyelesaikan masalah bas ini, tambah beliau lagi.

Masalah ini harus dipandang serius kerana ia boleh menjejaskan suasana pembelajaran para pelajar. Hal ini menjadi lebih rumit apabila melibatkan pelajar yang berkuliah di kampus di awal pagi, kemudian terpaksa bergegas untuk kuliah di Proton City", ujarnya.

Dalam hal berkaitan, perjalanan bas kitaran pada kali ini dikatakan sedikit sesak dari kebiasaan dan menimbulkan banyak kesukaran kepada pelajar.

13 comments:

Anonymous said...

tolong belajar perjalanan bus macam kat upm.... wakil pelajar boleh ambik pengalaman menaiki bus kat sana. cukup bagus untuk diikuti... masalah bus kat upsi ni.. ramai pemandu bus curi tulang... kesian pakcik india yang amat rajin tuh.... kalau sistem bus di upsi mengikuti sistem bus di upm... mmg masalah xkan timbul.

Anonymous said...

kenapa sistem kat upsi nih teruk sangat? kami ni duk universiti ker kat mane ni sebenarnya................

Anonymous said...

upsi oh upsi................ indah khabar dari rupa.............

Anonymous said...

shaiha tu jadi mahasiswa pendidik ke..hidup shaiha..tak sia sia aku undi.

Anonymous said...

dr pengalaman SMK...bus kita mencukupi...klu nk ditambah bus akan melibatkan penambahan kos dr sudut gaji pekerja...cuma cadangan dr SMK...adalah lebih elok bus tidak perlu mengikut waktu yg telah ditetapkan...sekiranya pelajar sudah penuh..boleh terus jalan..tidak perlu tunggu sehingga TIMETABLE sampai....sekadar pandangan...

Anonymous said...

ye la..dulu aku ingat dia mahasiswa pendidik..sebab mahasiswa pendidik pn sokong dia..tp bila menag rupenye belah lain..bagus la kalau sahiha mahasisiwa pendidik..xsia2 undi..

Anonymous said...

kalau xnak duduk UPSI, keluar je la...borang tarik diri dari UPSI leh dapat kat Akademik

Anonymous said...

aiiii org ckp nak marah... profesional la sikit..... suruh kuar u plak dah... kang kata bodoh marah! isu nie dah lama la. tapi xda jalan penyelesaian..aku rasa kalau ada pertukaran suka sama suka... mesti ramai nak kuar dari upsi. pecaya la

Anonymous said...

tak usahlah bergaduh di sini, tak ada faedahnya turutkan emosi. sebaik-baiknya bincang masalah ni elok-elok. betul juga kata rakan kita tu, belajarlah daripada pentadbiran uni lain tentang sistem pengangkutan bas kitaran.

masalah bas ni bukan masalah baru. Malah, sejak saya bergelar penuntut di upsi lagi sehinggalah saya bakal bergraduasi, masalah yang sama tetap dibangkitkan. MPP sememangnya perlu memandang serius hal ini kerana mahasiswa telah memberikan kepercayaan kepada mereka sebagai pemudahcara.

sang mencari kebenaran!!!! said...

MPP pn bangang...ada plak puak MAHASISWA PENDIDIK....kenapa???susah sgt ker nak guna satu nama jek MPP UPSI...hidup pn suka berpuak...payah lah...riak lah tu...nk suruh orang tahu anda bekerja...sbb tu pakai nick MAHASISWA PENDIDIK...bukan nak banding...tp realiti...aku hanya dengar PIMPINAN BITAR time nk PRK jek....sy umpamakan anda riak klu gunakan nama ni lagi...sebabnya berbakti umpama menderma...bagaimana kalau orang menderma untuk orang susah war2kan nama sendiri...fikirlah

*klu berani paparkan comment ni....

Anonymous said...

aku jeles dgn kengkawan aku kat u lain la....... sekadar pandangan.

Anonymous said...

Bersetuju dgn komen any yg pertama.. syarikat yg ada ni pun adalah syarikat yg sama membekalkan perkhidmatan di UPM.. mmg ramai pemandu yg curi tulang.. berehat serentak.. plus ada jugak yg balik ke rumah time2 lunch utk makan.. dgn bus2 sekali dia bawak balik.. jika semua bus sentiasa bergerak isu tak cukup bus takkan timbul..

Plus.. kenapa masih ada lg MPP yg berpuak2.. bina cabinet ler.. kalau camni.. takkan ada isu yg boleh selesai..

Anonymous said...

Jawapan kepada semua permasalahan ini ialah Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga perkhidmatan tidak melaksanakan tugasnya. Dalam bahasa kasarnya MAKAN GAJI BUTA.

HEP UPSI pulak dipenuhi pegawai-pengawai yang lagi 3-4 tahun nak pencen, lebih kepada menghabiskan sisa zaman pekerjaan sebagai penjawat awam sebelum menikmati pencen. Isu-isu mcm ni mana mereka ambik peduli. Cubalah pergi ke HEP cari pegawai, mengalahkan cari menteri. Cukup masa mrk pakat ramai-ramai pergi UMRAH & HAJI maka semua urusan terbengkalai, kena tunggu mrk balik baru boleh berurusan.
Inilah hakikatnya bila belajar di UPSI. Tahap kesabaran tu kena tebal. Samada suka atau tidak kita kena hadap gak mrk ini.