July 12, 2010

Lebih 2900 warga baru mula kuliah

Tanjong Malim, 12 Julai - Mahasiswa ambilan baru Julai 2010/2011 Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah berjaya mendaftar pada 4 Julai lepas akan memulakan kuliah menjelang pagi esok. Mereka dikatakan akan menyelami realiti sebenar pendidikan disini bermula esok.

Menurut sumber yang diterima Upsikini , seramai 2992 mahasiswa baru ambilan Julai telah mendaftar pada 4 Julai lepas. Mereka terdiri daripada 2393 mahasiswa ISMP, 270 Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) ,291 DPLI dan 38 mahasiswa antarabangsa.

Dalam hal berkaitan, antara ambilan ISMP teramai pada kali ini adalah melibatkan Fakulti Sains Kemanusiaan (nama baru bagi FSSK) iaitu 650 masing-masing dari kursus Pendidikan Sejarah 170, Geografi 50, Moral 230 dan Pengajian Malaysia 200 orang.

Manakala bagi ambilan baru DPLI, masing-masing melibatkan kursus Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) seramai 39, Perdagangan/Perniagaan 48, Perdagangan dan Usahawan 68, Sejarah 45, Moral 57 dan Ekonomi Rumah Tangga 34.

Dalam pada itu, ambilan pelajar antarabangsa pada kali ini melibatkan 2 pelajar dari Brunei, 1 Indonesia dan 35 dari China.


4 comments:

Anonymous said...

pada pelajar yang baru masuk ni...jangan lah terlalu taksub dengan politik. sedar tanggungjwb anda dahulu. tunaikan .

Anonymous said...

nape bus sikit.... camni ke universiti? susah sungguh nak belajar sini

sang mencari kebenaran!!!! said...

TAHNIAH PELAJAR MORAL PALING RAMAI...230 ORG...SEMOGA RUANG DAN PELUANG YANG DIBERI TIDAK MENYEMPITKAN FAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP BIDANG KITA....AMIN

Anonymous said...

bangga bila mengetahui pelajar luar negara turut mendaftar di UPSI..syabas!!!