Sejak sehari dua ini, kita telah mendengar kenaikan harga barang yang melibatkan beberapa material penting bagi kehidupan terutamanya minyak dan gula. Mengikut kebiasaan, apabila dua material penting ini berlaku kenaikan harga, maka bahan-bahan lain juga bakal mengalami kenaikan yang sama. Adakah mereka (mahasiswa) tidak terkesan dari kenaikan ini ? Adakah harga barang lain tidak naik bila dua material penting ini naik harganya?
Persoalan disini ialah bagaimana situasi mahasiswa dalam hal ini ? Mereka antara golongan 'Civil Society' atau Masyarakat Sivil yang tiada sebarang kepentingan, bakal menjadi mangsa kepada kenaikan harga barang ini.
Kenaikan harga barang juga tidak diikuti dengan kenaikan jumlah bajet mahasiswa sama ada pinjaman PTPTN, biasiswa dan lain-lain. Ini bakal menyebabkan kewangan mahasiswa menjadi defisit dari sebelumnya. Bajet untuk membeli buku akademik, bayaran bagi urusan akademik dan ko-kurikulum, makan, pakaian dan keperluan harian lain bakal menyusut.
Keputusan kerajaan dalam perkara penting terbabit tidak sepatutnya memejamkan mata terhadap golongan miskin dan golongan mahasiswa yang tiada sebarang kepentingan. Pengaruh persekitaran politik menentukan hala tuju negara amat merugikan mahasiswa.
Pertimbangan berasaskan kepentingan politik menjadikan dasar kerajaan tidak begitu seimbang. Satu sudut berlaku kenaikan harga barang dan dibebankan kepada rakyat dan dari sudut lain pula berlaku pembaziran berjuta malah berbilion ringgit.
Oleh itu, kita inginkan agar diwujudkan satu mekanisme selamat kepada mahasiswa . Harga barang di kampus baik di kafe dan lain-lain perlu dikekalkan. Tidak semua mahasiswa adalah dari golongan berada dan mampu. Ramai juga yang kurang berada. Teroponglah bebannya kepada mahasiswa yang juga sebahagian dari Civil Society yang menyumbang kepada pembangunan negara.
*Penulis merupakan Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah MPPUPSI.

5 comments:
betul tu..kenaikan barang yg membebankan..tmbh2 dah nak raya semua nk naik hrga..ingt la sikit rakyat golongan bawah..cian juga mahasiswa upsi yg menganggur ni..cptkan sikit posting
kalau yg student 2 ok le rm 2000 ditangan setelah ditolak 12++ bayaran yuran n kolej..korang hanya bayar duit makan ngan buat kerja kursus je..yg x cukup 2 kepada yg g shoping2..huhu sederhana le dalam berbelanja..
saya dulu siap bawa keta cukup je duit PTPTN 2 sampai akhir sem..jangan nak tipu le kalau x cukup..bukannye korang nak beli barang dapur n perkakas rumah..
ingat le kalau status pelajar ..kita kena belajar bukan enjoy..jadi guna le duit 2 untuk belajar...
ko ingat semua pelajar enjoy ke?ko ingat tak ada pelajar yang susah? dapat pinjaman hantar kat mak ayah diumah yang susah, ramai adik beradik..?
ingat semua mahasiswa dapat pinjaman or biasiswa ke..
org yang hidup senang boleh la cakap,.. ada kereta, bapa senang mak kaya..
orang kampung yang susah macam mana?
don't be selfish la..
orang yg hidup senang memang la enjoy..
tapi yang susah lagi susah jadinya..
kuburkan UMNO..
-mahasiswa sosialis-
jom kita pakat tolak UMNO..
parti korup, rasuah, kroni..
itu sebab semua barang naik..
lepas tu bagi macam-mcam sebab..
tolong la mahasiswa..
jangan undi umno lagi..
harga barang kat koperasai universiti pon mahal dari kedai kat luar...
ape cite...
Post a Comment