July 26, 2010

Dialog MPP: Mahasiswa mahu bas selesai minggu ini

Tanjung Malim, 26 Julai – Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dikatakan berang dengan masalah bas baru-baru ini memberi tempoh minggu ini kepada MPPUPSI bagi melihat masalah bas selesai seperti yang dijanjikan oleh mereka (MPPUPSI) semasa dialog MPP dan JMK bersama pelajar KAB minggu lepas.

Menurut beberapa komen diterima Upsikini, mahasiswa tersebut mengatakan bahawa mereka mahu apa yang disebut oleh Razik baru-baru ini tidak kosong. Katanya " kita berterima kasih kepada Razik kerana dia berjaya bawa NC turun tengok pelajar naik bas, tapi bukan itu kita mahu, kita mahu masalah bas selesai sebab kami bayar yuran bas", ulasnya.

Mereka juga turut menegur kata-kata Exco Kebajikan MPPUPSI Fatimah Kilat yang menyalahkan mahasiswa. Fatimah dikatakan telah menyatakan bahawa "kita telah mengedarkan banyak borang soal selidik kepada pelajar bagi memberi komen dan respon, tetapi malangnya hanya beberapa orang sahaja yang menghantar balik borang tersebut. Jadi salah siapa, kamu tak bagi kerjasama, kita mengharapkan bantuan kamu semua bagi kami (MPP) untuk membantu kamu semua”

Dalam pada itu, mahasiswa yang memberi komen terbabit mengatakan bahawa " bukan borang soal selidik yang kita mahukan. Isi borang sahaja lepas tu tak ada apa-apa tindakan buat apa. Kita mahu dia desak pihak pengurusan yang tak ada duit tu supaya guna betul-betul duit untuk kebajikan pelajar" ulas mahasiswa terbabit yang menggunakan 'nick name' "Mahasiswa Sosialis".

Dalam hal berkaitan, minggu lepas satu dialog MPP dan JMK bersama pelajar KAB dikatakan hangat dengan pelbagai aduan dan komen pelajar termasuk isu bas, AGM MPP, surau , kampus baru, yuran dan lain-lain. MPP dikatakan berjanji isu bas akan selesai minggu ini.

7 comments:

Anonymous said...

Razik sedap mulut ja...

kita lihat apa jadi minggu ni..

Raja Hasbullah said...

SAYA PUN NAK ISU BAS SELESAI DALAM MINGGU NI JUGAK..

DAH 7 SEM KAT UPSI..

TAK SELESAI2 JUGAK BENDA NIE..

ASPIRASI DAH LAMA PEGANG TAPUK PEMERINTAHAN MPP..

TAK LEH SELESAI JUGAK

BAIK MAHASISWA PENDIDIK JER YANG NAIK SELEPAS INI..

AKU TAK KIRA..
AKU NAK ISU NIE SELESAI JUGAK DALAM MINGGU NIE..

AKU NAK SELESAI JUGAK DALAM MUNGGU NIE..

MESTI SELESAI..

Anonymous said...

kepala hotak ko berjambul Mahasiswa Pendidik...Ko tanggung la dosa ko memfitnah orang. Tahun depan insya Allah Mahasiswa Pendidik akan menang PRK. Ambik la jwtn2 yg ko nak sangat dan pastikan korang buat kerja. Aku akan tgk mcmana korng buat kerja

Anonymous said...

parok2 fatimah

Anonymous said...

mpp upsi giler glamour ler... kalau ada jer perhimpunan siap bagitahu nama ler... giler glamour...

Anonymous said...

kalo sekadar hebat berkata dalam blog...malu la pada sendiri
tampil ke hadapan dan beri cadangan serta sama-sama membantu...itu lebih baik
kita semua mahasiswa...bley pikir...
jangan hebat berkata-kata, tapi xpernah nak menyumbang apa2...
mengutuk aspirasi, memuji mahasiswa pendidik ataupun memuji aspirasi, mengutuk mahasiswa pendidik...
menuduh org ni buat keje, org ni xbuat keje
anda sume berada pernah ada bersama mereka ke?????
tanya diri sendiri
kalo sekadar hebat berkata2 dalam blog...lbih baik kerat jari...

Anonymous said...

UPSIKINI hebat dalam menyampaikan berita ape yg berlaku di UPSI..

UPSIKINI pro kepada mahasiswa pendidik..

Kerja2 dan program2 dari MPP Mahasiswa Pendidik aku nampak boleh tahan.. byk program yg dorg jalankan.. Media UPSIKINI juga menyokong mereka.. hebat la juga MPP MP nie..

tapi MPP aspirasi mati pucuk terus..
bab menyebarkan berita pun mati pucuk bab kerja pun mati pucuk..

so ko kerat la jari ko sndiri..
hehe